• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hebat Anwar Bebas Keluar Penjara Buat Mesyuarat Di Luar?

oleh
21/06/2015
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELUM pun genap setahun dalam penjara, namun memang agak pelik apabila seorang banduan pesalah kes liwat terkenal berprofil tinggi ini mempunyai lesen istimewa untuk keluar masuk Penjara Sungai Buloh sesuka hati.

Lebih pelik apabila isterinya, seorang ahli politik, wakil rakyat dan Ketua Pembangkang di parlimen dengan bangganya mempamerkan gambar-gambar suaminya, seorang banduan liwat, bebas keluar masuk penjara.

Perkara itu mula didedahkan beberapa laman blog tempatan yang menyiarkan gambar-gambar ‘eksklusif’ dan sudah disiarkan untuk tatapan umum menerusi laman sosial Facebook rasmi Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Memetik laman blog Cucu Tok Selampit, ironi apakah keperluan seorang banduan liwat pada Khamis boleh pula ada kepentingan untuk hadir dan memasuki bangunan Wisma Maran di pusat bandar raya Kuala Lumpur?

Adakah memang ada mahkamah di dalamnya atau hospital? Ketua Pengarah Penjara dan Menteri Dalam Negeri kena menjawab persoalan ini. Kenapakah keistimewaan ini hanya diberikan kepada Anwar Ibrahim seorang?

Sebuah lagi laman blog, The Unspinners mendedahkan, “Menurut saksi, beliau nampak pegawai penjara boleh pula mengarahkan pihak polis yang mengiring kawalan keselamatan untuk tidak pula mengikuti Anwar.

“Anwar dilihat telah dinaikkan melalui lif khas bomba ke tingkat lapan yang mana ada ada sebuah pejabat firma guaman. Pegawai penjara turut mengawasi supaya tidak ada gambar Anwar diambil pihak luar.

“Dua puluh minit kemudian, anak Anwar iaitu ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah tiba di Wisma Maran bersama ibunya yang juga ahli parlimen Permatang Pauh merangkap ADUN Kajang serta Presiden PKR.

Saksi memberitahu dia difahamkan satu perbincangan dipercayai diadakan di tingkat 8 dan selesai pada pukul 10.55 pagi. Kemudian pada 11 pagi, Anwar bertemu ahli keluarga di tempat perbincangan tingkat sama itu.

Beliau pulang ke penjara Sungsi Buloh pada 12.15 tengah hari. Suatu perkara yang pelik untuk Anwar bebas keluar dari penjara dan hadiri perbincangan kerana kelaziman peguam hanya boleh bertemu anak guam di penjara.

Timbul persoalan, adakah keistimewaan ini memang diberi Ketua Pengarah Penjara dan Menteri Dalam Negeri seolah-olah undang-undang boleh diubah atau ada unsur tersirat lain sempena kedatangan 1 Ramadan semalam?

Hebat banduan liwat bernama Anwar boleh keluar masuk penjara sesuka hati. Hebat juga isteri banduan ini dengan bangganya menghebahkan perkara ini menerusi laman sosial pula. – Agensi/Mynewshub/HAA

Tags: Anwar IbrahimNurul IzzahPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut telah hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd