• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hartanah Mara Di Melbourne – AMK Gesa Siasatan Penuh

oleh Ahmad Albab
23/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) meminta kerajaan menjalankan siasatan penuh dan bebas ke atas dakwaan beberapa pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan seorang ahli politik terlibat dalam rasuah membabitkan pembelian hartanah bernilai RM65 juta di Melbourne, Australia.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan perlu menyiasat dakwaan pembelian hartanah tersebut iaitu Dudley International House telah `dimark-up’ sebanyak RM13 juta.

“Jika sebarang kesalahan dibuktikan, pihak yang terlibat mestilah berhadapan dengan tindakan undang-undang.

“Sekiranya tuduhan ini tidak benar, kita menjangkakan Mara dan individu-individu terlibat akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduh mereka bagi mempertahankan nama baik mereka yang tidak ternilai,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nik Nazmi berkata, tuduhan itu sangat berat kerana dakwaan itu melibatkan wang rakyat dan reputasi Mara sebagai sebuah institusi penting bagi masyarakat Bumiputera negara ini.

Katanya, Mara telah banyak menyumbang kepada pembangunan masyarakat Bumiputera dan Malaysia selama ini.

“Justeru amatlah tidak patut bagi sebuah institusi awam seperti Mara melibatkan dirinya di dalam urusniaga hartanah yang begitu besar nilainya ketika wang tersebut boleh digunakan untuk meningkatkan biasiswa untuk pelajar ataupun kemudahan bagi usahawan-usahawan tempatan.

“Mara juga dikatakan terlibat di dalam urusniaga-urusniaga hartanah mencurigakan di seluruh Melbourne,” dakwanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: MARANik Nazmi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

08/07/2025
0

ALOR SETAR - Hasrat ibu yang ingin melihat anak sulungnya menjejakkan kaki ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bakal direalisasikan...

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd