Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

Hilang 16 Jam, Remaja...

KOTA KINABALU: Selepas kira-kira 16 jam dilaporkan hilang semasa bermain sekitar kampung di...

6 Kesan Tikaman Ditemui...

KOTA BHARU - Siasatan polis mendapati terdapat enam kesan tikaman pada bahagian belakang...

PM Rasmi Projek ToD...

CYBERJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan projek...

Bekas Menteri & CEO...

BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Wahid Omar telah mengejutkan...

Halalkah Masjid Dibina DAP Parti Hentam Islam?

KOTA BHARU – Di Singapura, kesemua 70 buah masjid di republik itu dibina hasil sumbangan masyarakat Islam menerusi potongan gaji bulanan tanpa langsung bantuan daripada pemerintah PAP; pengasas DAP di Malaysia.

Bahkan tiada peruntukan pembinaan rumah Allah di Singapura menerusi bajet tahunan pemerintah apatah lagi Singapura sejak 1970-an ‘mengharamkan’ suara azan dilaungkan kononnya mengganggu penduduk bukan Islam.

Justeru hasrat DAP konon mahu membina masjid di Pasir Tumboh, Gua Musang dianggap penghinaan kepada umat Islam negara ini, tegas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, cadangan DAP itu seolah-olah menafikan pembinaan lebih 24,000 masjid dan surau oleh Kerajaan Persekutuan di seluruh negara sebelum ini.

Masjid di Singapura dibina sendiri hasil caruman bulanan masyarakat Islam tempatan menerusi Yayasan Mendaki. – Gambar hiasan acara pecah tanah Masjid Yusof Ishak, sempena nama presiden pertama Singapura baru-baru ini.

“Takkan cadangan pembinaan hanya sebuah masjid itu hendak dihebohkan, hendak dimasyhurkan ke seluruh dunia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Kolokium Pembangunan Islam di Malaysia.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook pada Sabtu dilaporkan berkata cadangan pembinaan masjid itu dipersetujui selepas mereka mendengar permohonan daripada penduduk di kawasan Kampung Pasir Tumboh.

Pemimpin DAP itu menyatakan demikian pada majlis penyerahan rumah mangsa banjir sumbangan DAP dan pengumuman kemasukan Sasterawan Negara, A. Samad Said ke dalam DAP di kampung tersebut pada 13 Jun.


Mustapa berkata siasatan teliti perlu dilakukan bagi memastikan kesahihan sumber yang digunakan: “Perkara ini perlu disiasat kerana masjid adalah tempat suci umat Islam, kena yakin sumber pembinaannya adalah halal.”

Pemerintah Singapura melarang azan dilaungkan ketika masuk waktu solat sejak 1970-an atas alasan mengganggu penduduk bukan Islam. – Gambar hiasan Masjid Sultan di Singapura.

Baca: Umat Islam Bertambah, Masjid Meriah Di Singapura

Sementara itu, Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Senator Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, walaupun sumber pembinaan masjid itu halal, namun ia tetap satu penghinaan kepada umat Islam.

“Tindakan itu seperti menidakkan kemampuan kita (umat Islam) sendiri untuk membina tempat ibadat (masjid), ia satu penghinaan secara tersirat,” katanya yang juga Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Katanya Kerajaan Persekutuan sentiasa memberi keutamaan kepada aspek pembinaan dan baik pulih ratusan masjid di seluruh negara terutama selepas bencana banjir terburuk melanda Malaysia pada akhir tahun lepas.

“Sehingga awal Jun ini sahaja, sejumlah 98 buah masjid dan 170 madrasah telah dibaik pulih dengan peruntukan sebanyak RM4.3 juta untuk seluruh Kelantan,” jelas Asyraf Wajdi. – Agensi/Mynewshub/H.A.A

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori