• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST: Tempoh Penghantaran Penyata Dilanjutkan 15 Jun

oleh Ahmad Albab
09/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tempoh penghantaran penyata taksiran bagi syarikat wajib berdaftar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah dilanjutkan kepada selewat-lewatnya 15 Jun tanpa sebarang penalti, kata Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Subromaniam Tholasy.

Beliau berkata, daripada 75,000 syarikat yang layak dikenakan cukai, masih terdapat 12,000 syarikat belum menghantar penyata taksiran mereka.

“Selepas 15 haribulan, sistem GST ini akan mengeluarkan notis taksiran secara automatik berserta jumlah cukai yang perlu dibayar.

“Sekiranya notis tersebut telah dikeluarkan, agak sukar buat mereka kerana kami akan terus membawa kes ini ke mahkamah sivil,” katanya selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan mengenai Pelaksanaan GST kali ketiga di sini hari ini.

Subromaniam berkata, bagi tempoh akan datang, sebarang kelewatan dalam penghantaran penyata taksiran akan dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekiranya disabit kesalahan mengikut Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Sementara itu, beliau berkata Jabatan Kastam menerima 19,000 permohonan untuk pembayaran semula GST bagi bulan April, yang kebanyakannya terdiri daripada pengimport dan pengeksport.

Tempoh proses pembayaran semula GST di negara ini adalah antara yang paling cepat berbanding negara lain, iaitu 14 hari waktu bekerja berbanding dua bulan tempoh purata yang biasa.

“Sistem GST di Malaysia adalah yang terbaik di dunia serta diiktiraf oleh IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa). Ini menunjukkan sistem yang kita gunakan sekarang sangat efisien,” katanya. – BERNAMA

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd