Sunday, April 21, 2024

Creating liberating content

Rampasan Tanduk Badak Di...

MAPUTO - Polis Mozambique dan pihak berkuasa Kastam merampas tanduk badak sumbu seberat...

Isu Pelantikan Rahim Noor:...

BUTTERWORTH - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Perdana Menteri, Tun Dr....

Menteri PH Pembohong Atau...

SHAH ALAM - Kekecohan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad berbalas Twitter dengan...

500,000 Batang Rokok Seludup...

Tumpat : Pihak berkuasa menemukan 500,000 batang rokok putih bernilai RM350,000 di tebing...

Gila Punya Kakak.. Tekap Kemaluan Adik Dengan Seterika

TINDAKAN seorang kakak kepada adik kandungnya ini langsung tidak boleh diterima dek akal. Sungguh kejam dan melampau!

Seorang gadis tidak menyangka keikhlasan kakaknya yang mempelawa tinggal bersama demi masa depan yang cerah sebenarnya mengundang malapetaka dalam hidupnya.

Apa yang paling mengejutkan, gadis yang dikenali sebagai Ain ini diperlakukan lebih keji daripada binatang apabila dipukul dengan penyapu, disimbah air panas selain ditekap dengan seterika di badannya termasuk di kemaluan, lidah dan belakang badannya.

Tidak berhenti setakat itu, gadis berusia 23 tahun mendedahkan dia sanggup sujud dan mencium kakaknya kerana tidak tahan menanggung kesakitan.

“Saya sanggup sujud dan mencium kaki kakak supaya menghentikan perbuatan kejamnya kerana tidak sanggup menahan kesakitan, tetapi dia tidak menghiraukannya,” ujarnya.

Badan mangsa yang dipenuhi dengan pelbagai kesan luka sudah membayangkan kesakitan dan keperitan gadis ini yang seolah-olah berada dalam ‘neraka dunia’ selama empat tahun akibat menjadi mangsa deraan kakak dan adik iparnya.


Mangsa akhirnya berjaya diselamatkan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan bantuan anggota polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bahru Utara di rumah kakaknya di Taman Universiti, Skudai malam kelmarin.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=S0edvQTHUUo

Oleh: FARAH
Sumber: Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori