Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Idris Terima Kunjungan Hormat...

MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron menerima kunjungan rakan sejawatannya...

MH370: Nenek Tipu Cucu,...

HAMPIR 10 bulan berlalu selepas tragedi kehilangan pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 terjadi pada...

Naya… Banyak Gam Gajah...

MALANG menimpa seorang lelaki apabila dia tersalah guna ubat titis mata. Rupa-rupanya ia...

MH17: Malaysia Tak Akan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Malaysia...

DUN Selangor Perlu Dibubarkan Segera Untuk Pilihanraya Baru

PENGUMUMAN yang dibuat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengatakan bahawa Pakatan Rakyat (PR) sudah menemui titik noktahnya secara rasmi menerusi mesyuarat Jawantankuasa Pusat DAP yang diadakan semalam tidak lah terlalu memeranjatkan.

Hubungan ketiga-tiga parti dalam PR memang sudah lama retak, cuma mengambil masa lebih sedikit daripada yang dijangka untuk terbelah.

Akhirnya… Pakatan Rakyat Diisytihar Menemui Noktah

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu, solusi tersebut dicapai setelah banyak krisis muncul terutamanya sepanjang tahun lalu dan tahun ini.

Ini secara jelas menunjukkan pakatan yang dibina tiga parti yang terdiri daripada DAP, PAS dan PKR itu sudah menemui jalan buntu apabila DAP bertindak keluar daripada PR dan seterusnya mengumumkan PR telah berakhir.

Sehubungan itu, tiga negeri yang dikuasai pihak pembangkang iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dilihat bakal menunjukkan perubahan barisan kepimpinan peringkat Exco memandangkan PR mempunyai kerusi majoriti di ketiga-tiga negeri tersebut.

Sekiranya PKR kekal bersama DAP, maka Pulau Pinang memang masih selamat.

PAS mampu mentadbir Kelantan secara solo kerana jumlah kerusi DUN yang terlalu banyak dipegang mereka.

Namun, yang menarik perhatian ialah kedudukan di Selangor.

Mengikut pecahan, PAS memiliki 15 kerusi DUN, DAP jumlah yang sama, PKR memegang 13 manakala BN 12 dan Bebas 1 (pro BN).

Jika atas kertas, katalah PAS bersedia bergadung dengan BN, maka jumlah kelihatan sama banyak yakni 28 dan 28.

Namun hakikatnya, BN bersama PAS mampu membentuk kerajaan negeri baru kerana undi speaker Selangor, Hannah Yeoh tidak dikira.

Undang-undang Tubuh Selangor menetapkan speaker tidak boleh mengundi.

Maka andai PAS bersedia, maka perubahan dapat dilakukan.

Halangan yang mungkin wujud ialah ADUN PAS yang digelar broker dan barua yakni dari DUN Hulu Kelang dan Morib lompat parti menyertai PKR atau bebas, maka PR masih mampu bertahan.

Namun, yang wujud adalah satu kerajaan negeri yang sangat rapuh di mana kita akan melihat undi tidak percaya dibuat setiap kali DUN bersidang.

Langkah yang terbaik adalah memulangkan kuasa memilih kepada tangan rakyat dengan membubarkan DUN Selangor agar pilihan raya negeri dapat dilakukan.


Terlalu banyak politiking tak sihat sebenarnya.

Mungkin akan melibatkan kos untuk membuat pilihan raya tetapi itu lebih baik daripada membiarkan negeri terumbang-ambing,

–oo–

(Di Selangor PAS memegang 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yakni di Sabak, Taman Templer, Gombak Setia, Hulu Klang, Lembah Jaya, Chempaka, Dusun Tua, Bangi, Seri Serdang, Paya Jaras, Meru, Selat Klang, Sijangkang, Morib, Tanjung Sepat.

DAP turut mempunyai bilangan kerusi yang sama iaitu Sungai Pelek, Teluk Datuk, Kota Alam Shah, Pandamaran, Sungai Pinang, Damansara Utama, Kampung Tunku, Bukit Gasing, Subang Jaya, Kinrara, Seri Kembangan, Balakong, Teratai, Sekinchan dan Kuala Kubu Bharu.

PKR sebanyak 13 DUN, masing-masing di Ijok, Rawang, Batu Caves, Bukit Antarabangsa, Batu Caves, Kajang, Seri Setia, Taman Medan, Bukit Lanjan, Kota Anggerik, Batu Tiga, Seri Andalas dan Muda.

Barisan Nasional (BN) di Sungai Air Tawar, Sungai Panjang, Hulu Bernam, Batang Kali, Sungai Burong, Permatang, Bukit Melawati, Jeram, Kuang, Semenyih, Kota Damansara dan Dengkil.

DUN Pelabuhan Klang pula di bawah kerusi DUN Bebas yang diwakili bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Untuk Pulau Pinang pula PAS hanya mempunyai satu DUN iaitu di Permatang Pasir, DAP (19), PKR (10) dan BN (10).

Kawasan DUN DAP adalah di Sungai Puyu, Bagan Jermal, Bagan Dalam, Berapit, Padang Lalang, Perai, Jawi, Tanjung Bungah, Air Putih, Pulau Tikus, Padang Kota, Pengkalan Kota, Komtar, Datuk Keramat, Sungai Pinang, Batu Lancang, Seri Delima, Air Itam, Paya Terubong.

PKR pula sebanyak 10 Dun, Batu Ubun, Pantai Jerejak, Batu Maung, Kebun Bunga, Sungai Bakap, Bukit Tambun, Bukit Terjah, Machang Bubok, Penanti dan Seberang Jaya.

Kawasan jajahan BN pula di Penaga, Bertam, Pinang Tunggal, Permatang Berangan, Sungai Dua, Telok Ayer Tawar, Sungai Acheh, Bayan Lepas, Pulau Betong, Teluk Bahang.

Di negeri Serambi Mekah pula menyaksikan PAS menguasai sebanyak 45 kerusi DUN iaitu di Pasir Pekan, Panchor, Kota Lama, Bukit Parau, Kemahang, Wakaf Bharu, Temangan, Meranti, Pengkalan Pasir, Demit, Bunut Payong, Kelaburan, Kijang, Chempaka, Tanjong Mat, Tendong, Chetoh, Gual Periok, Bukit Tunku, Salair, Pasir Tumboh, Tawang, Perupoh, Jelawat, Melor, Kaduk, Limbungan, Gaal, Pulau Chondong, Kemuning, Mengkebang dan Manik Urai.

BN sebanyak 12 DUN di Dabong, Nenggiri, Paloh, Galas, Semerak, Bukit Bunga, Ayer Lanas, Kuala Balah, Kok Lanas, Gual Ipoh, Selising dan Pengkalan Kubor sementara PKR satu DUN di Guchil.- MYNEWSHUB.CC 

Khalid Samad: Pakatan Rakyat not breaking up

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori