• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chong Wei Juara Grand Prix Emas Terbuka AS

oleh Ahmad Albab
23/06/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei hanya mengambil masa 39 minit untuk menewaskan lawannya pada perlawanan akhir Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat, sekali gus meraih gelaran kejuaraan pertama beliau dalam kejohanan terbuka.

Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 33 tahun itu, membuktikan beliau tidak kehilangan sentuhan walaupun tidak beraksi selama lapan bulan dengan menewaskan pemain Denmark Hans-Kristian Vittinghus, 22-20 dan 21-12.

Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat yang berlangsung di Kolej Komuniti Suffolk County, Brentwood, Amerika Syarikat ini merupakan penampilan pertama Chong Wei dalam kejohanan terbuka dan cabaran antarabangsa ketiga selepas digantung lapan bulan atas kesalahan doping.

“Saya gembira dengan prestasi saya pada Terbuka Amerika Syarikat walaupun ini merupakan kejohanan individu saya selepas sembilan bulan. Terima kasih semua peminat dan penyokong. Saya sayang anda semua,” kata Chong Wei melalui laman sosial Facebook.

Chong Wei berusaha untuk memperbaiki kedudukan beliau dalam ranking dunia sejak kembali daripada penggantungan lapan bulan lepas. Beliau yang sebelum ini berada pada ranking nombor satu dunia telah jatuh kepada ranking ke-79.

Keputusan yang memberangsangkan pada kejohanan terbuka Amerika Syarikat ini bakal menjadi pemanas yang baik menjelang Kejohanan Dunia di Jakarta, Ogos ini. – BERNAMA

https://youtu.be/A11BkID9QeY

Tags: Lee Chong Wei
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Adakala Muntah Di Gelanggang, Otot Kejang Ketika Balik Ke Rumah

28/12/2019
0

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd