Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

TMJ Beri Sumbangan Kepada...

Semua mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)...

Menara KL Raikan Pengunjung...

KUALA LUMPUR - Menara Kuala Lumpur (KL) hari ini meraikan pengunjung bertuah ke...

Kaji Cara Percepat Bayaran...

KUCHING - Kerajaan akan meneliti prosedur dalamannya bagi mencari jalan untuk membolehkan kontraktor...

SKMM Sekat Laman Sesawang...

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat mana-mana laman sesawang yang...

Caitlyn Jenner Benarkan Anak Panggilnya ‘Bapa’ Buat Masa Ini

Bruce Jenner

PERUBAHAN bekas atlet Olimpik, Bruce Jenner kepada seorang wanita baru-baru ini sememangnya bukan satu perkara yang mudah dan ringan untuk diterima ahli keluarganya.

Bruce yang membuat penampilan pertamanya menerusi majalah Vanity Fair selasa lalu muncul dengan susuk tubuh menawan seorang wanita dan mahu dirinya dipanggil sebagai Caitlyn Jenner.

Namun, transformasinya itu bukanlah mudah untuk diterima dan Caitlyn memahami situasi berkenaan dan membenarkan anak-anaknya memanggilnya ‘ayah’ buat masa ini.

“Caitlyn bercakap dengan setiap anaknya secara berasingan dan memberitahu mereka untuk membiasakan diri dengan perkara ini.

“Dia lebih suka untuk tidak dipanggil Bruce, tapi mereka boleh memanggilnya ayah buat masa ini,” kata salah seorang anaknya kepada sumber.


caitlyn-jenner-vanity-fair-4

“Caitlyn sangat memahami bahawa perkara sebegini tidak datang secara natural dan perlukan masa untuk dibiasakan,” tambahnya lagi.

Apa-apa pun semoga keluarga ini akan kembali seperti sediakala dan yang penting tidak ada salah faham antara mereka.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: Pitt

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori