• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunuh Pengawal Keselamatan: Lelaki Terlepas Hukuman Gantung

oleh Ahmad Albab
26/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki terlepas daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan membunuh seorang pengawal keselamatan dengan menggunakan sebatang kayu.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Law Kien Soon, 42, di akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Mohd Azman berkata pendakwaan gagal membuktikan elemen sama ada tertuduh melakukan kesalahan tersebut dan tindakan tertuduh yang didakwa memukul mangsa boleh menyebabkan kematiannya.

Katanya berlaku percanggahan dalam keterangan saksi iaitu antara pakar patologi dan doktor yang merawat mangsa sebelum kematiannya serta saksi di tempat kejadian iaitu seorang daripada anggota keluarga mangsa.

“Selepas mendengar keterangan secara maksima, mahkamah berpendapat pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan dengan ini mahkamah melepas dan membebaskan tanpa dipanggil membela diri,” kata hakim itu.

Mengikut pertuduhan, Law bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa memukul Mohd Raini Mohamed Junus, 52, dengan kayu sehingga menyebabkan kematiannya di tepi jalan berhampiran gerai mamak, Jalan Sepadu 5 off Jalan Klang Lama, pada 4.45 petang, 3 Dis 2013.

Tertuduh diwakili peguam Amer Hamzah Arshad didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aznika Mohd Anas. – BERNAMA

 

Tags: hukum gantungpengawal keselamatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

10/09/2025
0

KOTA KINABALU: Pengawal keselamatan memberitahu Mahkamah Koroner, di sini, hari ini, beliau menemukan Allahyarham Zara Qairina Mahathir terlentang di dalam...

Pengawal Keselamatan Ditahan, Kes Surat Palsu Guna Nama TPM

Pengawal Keselamatan Ditahan, Kes Surat Palsu Guna Nama TPM

17/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan ditahan berkaitan penyebaran surat palsu yang menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd