• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Kedah Kota Janji, Kata Mukhriz

oleh Ahmad Albab
06/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Kelulusan dan pembinaan sebanyak 28,081 unit buah rumah sejak Barisan Nasional (BN) memegang tampuk pemerintahan negeri ini daripada pembangkang pada 2013, merupakan salah satu bukti kerajaan Barisan Nasional mengotakan janji.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kerajaan negeri, menyasarkan pembinaan 40,000 buah rumah meliputi rumah mampu milik dan rumah kos rendah bagi tempoh 2013-2018, dan sehingga kini jumlah 28,081 unit yang dicapai merupakan satu pencapaian yang baik, katanya.

“Kita rasa selesa dan yakin, dalam dua tahun ke depan ini kita dapat penuhi sasaran,” katanya selepas melancarkan Taman Tuanku Intan Safinaz di sini hari ini.

Jumlah 28,081 unit itu katanya meliputi jumlah daripada tahun 2013 sebanyak 4,801 unit rumah, 2014 (12,646 unit) dan 2015 (10,634 unit).

Jelasnya keyakinan itu turut didorong bantuan pihak swasta, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dan beberapa pihak lain lagi.

Bagaimanapun katanya, pihaknya masih tidak berpuas hati dengan komitmen syarikat pemaju swasta dalam pembinaan rumah mampu milik dan kos sederhana.

“Ada keperluan untuk berbincang dan berunding dengan pemaju-pemaju, kita nak faham apa masalah dihadapi, dan kita akan lihat apa masalah dia tanpa jejas aspek dianggap penting seperti jumlah perumahan, kualitinya, kadar harganya, pecahan bumiputera dan bukan bumiputera, itu semua kita ambil kira.

BN Kedah sangat mesra perniagaan, kalaulah pemaju-pemaju rasakan dasar sedia ada tidak memberangsangkan mereka dalam laksanakan projek perumahan ini, kita boleh bincang,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: BNMukhriz Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Spekulasi Kerjasama BN-PAS di PRN Negeri Sembilan

Spekulasi Kerjasama BN-PAS di PRN Negeri Sembilan

15/07/2026
0

KUALA PILAH – Hantaran bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa di media sosial mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan wujud...

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

15/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Sekeping gambar memaparkan seorang lelaki berdiri sendirian di tepi jalan sambil memegang plakad Barisan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd