• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Blogger Saudi Hina Islam Tetap Disebat 1,000 Kali

oleh
10/06/2015
dalam Hangat, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Mahkamah Agung Arab Saudi memutuskan bahawa penulis blog terkenal, Raif Badawi, harus menjalani hukuman penjara selama 10 tahun dan sebatan 1,000 kali kerana didakwa bersalah menghina Islam.

Ketetapan mahkamah tertinggi negara itu dikeluarkan setelah sebelumnya pihak berkuasa membuat semakan kembali hukuman yang lebih rendah, susulan siri protes di bebebarapa negara luar menentang hukuman itu.

Raif dijatuhi hukuman keras tersebut setelah disabitkan bersalah atas tuduhan melakukan kejahatan dunia maya dan menghina Islam selepas berjaya ditangkap pada 2012 dan mulanya cuma dikenakan hukuman ringan.

Bagaimanapun pada 2014, mahkamah agung mengubah keputusan hukuman yang dijatuhi pada 2013 daripada hanya penjara tujuh tahun dan 600 sebatan; dinaikkan lagi kepada 10 tahun penjara dan 1,000 sebatan.

Beliau yang kini berusia 31 tahun; adalah salah seorang pengasas laman web bebas Free Saudi Liberal dan sudah diharamkan kerajaan negara itu kerana didakwa cuba mempromosikan amalan murtad kepada umat Islam.

Blogger terkenal itu yang memiliki tiga anak; telah menjalani hukuman sebat tahap pertama sebanyak 50 kali di hadapan sebuah masjid di Jeddah dan sepatutnya perlu menjalani hukuman tersebut sekali pada setiap minggu.

Namun, pelaksanaan hukuman sebatan tahap kedua dibatalkan saat-saat akhir kerana Raif menurut doktor tempatan masih didapati belum lagi sembuh sepenuhnya akibat luka cedera teruk disebat pada tahap pertama.

Isteri Raif, Ensaf Haidar yang mendapat perlindungan suaka politik di Kanada serta organisasi-organisasi hak asasi manusia mengecam keras pelaksanaan hukuman penuh sebagai cuba mengancam nyawa penulis itu.

Raif yang ‘mengharumkan’ nama Arab Saudi dengan meraih 15 anugerah antarabangsa selain dicalonkan untuk Hadiah Nobel Keamanan kerana prinsip liberalnya itu bakal dihukum mati jika bersalah atas dakwaan murtad. – Agensi/MYNEWSHUB/H.A.AMREE

Nota: Rakaman secara sembunyi pelaksanaan hukuman sebat di tempat terbuka ke atas Raif baru-baru ini.

Tags: Arab SaudibloggerislamMurtadsebat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari mendakwa slogan 'Melayu Terancam' atau 'Islam Terancam' hanyalah dakyah...

Penyebaran Ajaran Islam Hendaklah Dilaksanakan Melalui Saluran Yang Beretika, Berhemah – Senator DAP

Penyebaran Ajaran Islam Hendaklah Dilaksanakan Melalui Saluran Yang Beretika, Berhemah – Senator DAP

17/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran ajaran Islam di negara ini hendaklah dilaksanakan melalui saluran yang beretika, berhemah dan tidak melibatkan institusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd