• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesian.. Bayi Berkedut Dibuang Ibu Bapa Sendiri

oleh Ahmad Albab
21/06/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

INDIA – Malang menimpa bayi yang tidak berdosa ini apabila ibu bapanya enggan menerimanya selepas ia dilahirkan tidak cukup bulan manakala kulitnya pula berkedut.

Bayi perempuan yang baru berusia dua minggu itu yang dilahirkan ketika ibunya mengandung tujuh bulan, hanya mempunyai berat 800 gram.

Disebabkan keadaan kulitnya yang berkedut itu, ibunya,Mamata Dode, 25, enggan menyusukannya dan langsung tidak melawatnya di hospital manakala bapanya, Ajay Dode, juga 25 tahun, turut enggan menerima anak mereka.

Ia memaksa datuknya, Dilip Dode, 52, membawa bayi itu ke hospital di Mumbai, iaitu kira-kira 138 kilometer dari kampung di mana bayi yang masih belum dinamakan itu dilahirkan.

Sebelum itu, Dilip terpaksa memberi cucunya minum susu kambing melalui sudu selama dua minggu sebelum bayi itu dibawa ke hospital.

“Saya gembira kerana hospital ini memberikan rawatan percuma kepada cucu saya. Ia amat menyedihkan apabila ibu bapanya enggan menerima anak mereka sendiri tetapi saya akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan nyawanya,’’ kata Dilip.

Dilip yang bekerja sebagai buruh berkata, anak lelaki dan menantunya sebelum ini menanti kelahiran seorang bayi yang sihat, sama seperti anak mereka yang kini sudah berusia tiga tahun.

Namun mereka terkejut apabila melihat keadaan bayi berkenaan yang berbeza daripada bayi biasa.

“Selepas dilahirkan, keadaan bayi yang berkedut ini tersebar ke seluruh kampung malah rumah kami menjadi tumpuan. Setelah menyaksikan bayi tersebut, mereka melarikan diri dan tiada siapa berani menyentuhnya kerana menyangka bayi ini membawa penyakit,’’ katanya.

Dilip bagaimanapun berharap agar cucunya akan sembuh dan dapat hidup secara normal seperti individu lain kelak. – MYNEWSHUB.CC

https://youtu.be/KM4IEgsE1H0

Tags: bayi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd