• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: 15 Keluarga Dipindahkan Di 2 Pusat Pemindahan Di Melaka

oleh Ahmad Albab
07/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Sebanyak 15 keluarga di kawasan Melaka Tengah dan Jasin dipindahkan ke pusat pemindahan di Bukit Pulau dan Duyung di sini selepas rumah mereka dilanda banjir kilat pagi tadi.

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka, Mejar Jafri Mohamed berkata mereka mula berpindah kira-kira 11 pagi tadi apabila air naik sehingga satu meter berikutan hujan lebat yang turun sejak pukul 7 pagi tadi.

Beliau berkata beberapa kawasan lain turut dinaiki air seperti di Tengkera, Kampung Enam, Limbongan, Kampung Bakar Batu dan Kampung Pulau Kelapa dan Taman Merak Emas.

“Banjir berlaku berpunca dari hujan lebat yang mula turun secara berperingkat sejak 4 pagi tadi…ia bertambah buruk apabila berlaku air pasang besar kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Banjir juga turut menjejaskan penduduk di daerah Jasin antaranya di Merlimau, Umbai, Pulai dan Serkam,” katanya ketika dihubungi Bernama pada pukul lima petang tadi.

Jafri berkata pintu air di muara sungai terpaksa ditutup akibat air pasang besar menyebabkan limpahan air banjir tidak dapat dialirkan ke laut.

Beliau berkata air pasang dijangka akan surut dalam tempoh beberapa jam lagi. – BERNAMA

Tags: banjir kilat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular merakam detik menakutkan ketika banjir kilat melanda kawasan Kayu Pasak, Salareh Aia, Palembayan...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd