• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akhirnya… Pakatan Rakyat Diisytihar Menemui Noktah

oleh Ahmad Albab
18/06/2015
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH beberapa bulan PAS, PKR dan DAP yang bernaung dalam gagasan Pakatan Rakyat (PR) bergelumang dengan pelbagai kontroversi, ia diisyitiharkan menemui titik noktah secara rasmi.

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang merujuk kepada keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pusat DAP, malam semalam.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu, solusi tersebut dicapai setelah banyak krisis muncul terutamanya sepanjang tahun lalu dan tahun ini.

PKR Sindir PAS Isu Dasar Bersama Pakatan Rakyat

133995_179984425365000_8366177_o

Memetik kenyataannya seperti disiarkan portal Rocketkini, “Ekoran beberapa insiden sepanjang tahun lalu, termasuk krisis Menteri Besar Selangor, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabuli keputusan yang telah dicapai di peringkat Majlis Pimpinan mengakibatkan muafakat sedia ada hampir lumpuh.

“Keadaan Pakatan Rakyat yang hampir lumpuh ini direncatkan lagi dengan kerelaan Abdul Hadi membentuk sebuah kerajaan perpaduan bersama Umno serta sokongan beliau terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.”

Dalam kenyataan sama, Guan Eng bertubi-tubi menyasarkan Abdul Hadi sebagai punca utama terbubarnya Pakatan Rakyat.

Antaranya, dia menuduh Abdul Hadi memungkiri janji peribadi yang dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan pada 10 Februari lalu mengenai isu perlaksanaan Hudud.

Tambah memburukkan keadaan, kata Guan Eng, Presiden PAS itu terus mengkhianati PR apabila Muktamar Tahunan PAS meluluskan tanpa bahas usul memutuskan hubungan dengan DAP.

DAP_PAS-650x400

“Memandangkan Pakatan Rakyat dibentuk oleh ketiga-tiga parti berdasarkan konsensus dan terikat dengan Dasar Bersama, usul di Muktamar PAS itu telah membunuh Pakatan Rakyat.

“Justeru kini, tiada lagi Pakatan Rakyat.

“DAP akan bekerjasama dengan PKR dan semua pihak yang mahu melihat pemerintahan Umno/Barisan Nasional berakhir, bagi membentuk semula politik Malaysia dengan cita-cita menawan Putrajaya demi rakyat.”

Nampaknya, DAP yang dilihat sebagai sekutu kuat PAS suatu ketika dahulu, telah mengisytiharkan parti Islam itu sebagai seterunya.

Yang paling penting, gagasan PR yang kononnya bercita-cita untuk membela rakyat, akhirnya tumbang dek kepentingan politik masing-masing yang mendahului kepetingan rakyat. Alahai…

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Kemelut DAP & PAS – DAP Cari Alasan Keluar Pakatan Rakyat

Tags: DAPpakatan rakyatPASPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan mendakwa DAP masih kekal bersama kerajaan Madani berkait...

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd