Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Guan Eng Pinjam Lagi...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dibidas kerana membuat pinjaman lagi...

3 Peniaga Didakwa Seludup...

Alor Setar : Tiga peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini...

Tuduh Polis Ugut Bunuh...

BEIJING - Lelaki warga Korea Utara yang diusir mendakwa konon polis Malaysia ugut...

FAMA Sasar Jualan ‘My...

KUALA LUMPUR - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan hasil jualan program 'My...

61 PATI Bangladesh Dihantar Pulang

SIK – Jabatan Imigresen Kedah mula menghantar pulang 61 pendatang asing tanpa izin (PATI) Bangladesh, yang tiba di negara ini bersama-sama pendatang Rohingya menggunakan bot di Pulau Langkawi bulan lepas.

Bas-bas membawa mereka bertolak dari Depoh Tahanan Imigresen Belantik, di sini pada 3.30 pagi tadi dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengah hari ini.

Penolong Pengarah Imigresen Kedah Mohd Shahrir Khalil berkata, penghantaran itu telah dimaklumkan kepada Imigresen KLIA dan kesemua 61 PATI lelaki itu dijangka menaiki penerbangan ke Bangladesh pada 3.30 petang ini.

“Kita akan membuat penghantaran pulang kedua tetapi masih menunggu proses dokumentasi pasport mereka selesai. Proses penghantaran pulang ini berjalan lancar hasil kerjasama Kedutaan Bangladesh di Malaysia,” katanya kepada pemberita di depoh itu awal pagi tadi.

Sementara itu, seorang daripada PATI yang dihantar pulang, Muhamad Shamsul Alam, 38, berkata dia gembira kerana dapat berpuasa bersama isteri dan tiga anaknya selepas lebih sebulan ditempatkan di Depoh Tahanan Imigresen Belantik.

“Pada tahun 2004, saya pernah datang ke Malaysia dan bekerja sebagai pengangkut barang kontena di Klang sebelum ditahan dan dihantar pulang ke negara asal pada tahun 2010,” katanya.

Katanya, tahun ini dia terpaksa berada di atas bot selama tiga bulan untuk masuk semula ke Malaysia secara haram.


“Saya tiada permit untuk masuk ke sini secara sah jadi saya terpaksa membayar RM12,000 untuk masuk ke Malaysia. Saya masuk Malaysia kerana ingin mencari rezeki kerana di negara saya susah untuk cari makan,” katanya.

Muhamad Shamsul berkata dia gembira kerana dapat pulang ke kampung halaman untuk menunaikan ibadah puasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama anggota keluarganya walaupun sukar untuk mencari duit di negara sendiri berbanding di Malaysia.

“Sini senang mahu cari kerja banding negara saya, tetapi buat masa ini saya tidak mahu masuk ke Malaysia lagi, sekiranya boleh, saya ingin masuk secara sah dengan menggunakan permit dan bukannya dengan menaiki bot,” katanya.

Bulan lepas, bot-bot membawa 1,158 pendatang Bangladesh dan Rohingya dari Myanmar telah mendarat di Pulau Langkawi. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Pati

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori