Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Video: Baling Telefon Bimbit...

UNIVERSITI Dongguan di China sememangnya terkenal dengan polisi ketat melarangkan penggunaan telefon bimbit...

Tindakan Pecat, Gantung Pemimpin,...

Kuala Lumpur : Pemecatan dan penggantungan pemimpin serta ahli Umno yang dipersetujui Majlis...

China Tembak Misil Berhampiran...

TAIPEI: Kementerian Pertahanan Taiwan hari ini memaklumkan, tentera China melancarkan 11 misil balistik...

Simpanan Pendeposit Tabung Haji...

KUALA LUMPUR -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pendeposit Lembaga Tabung...

50,511 Kes Denggi Seluruh Negara – Hilmi

BALIK PULAU – Kes demam denggi terus menunjukkan peningkatan dengan 50,511 kes direkod di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga 11 Jun lepas berbanding 37,718 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata Selangor kekal mencatatkan kes demam denggi tertinggi iaitu sebanyak 29,254 kes berbanding 21,616 kes tahun lepas dalam tempoh berkenaan.

Katanya usaha menangani wabak itu akan terus diperhebat termasuk menggempur tapak-tapak pembinaan di seluruh negara yang menjadi kawasan lazim pembiakan nyamuk Aedes pembawa kuman denggi.

Beliau turut menggesa masyarakat berganding bahu memerangi denggi dan tidak menjadikan aktiviti gotong-royong sebagai kegiatan bermusim.


“Orang ramai diminta memastikan persekitaran mereka dalam keadaan bersih bukan sahaja sebelum musim perayaan malah amalan itu diteruskan semasa dan selepas sambutan,” kepada pemberita selepas merasmikan Program Transformasi Keusahawanan Wanita peringkat Parlimen Balik Pulau di sini, Sabtu.

Terdahulu, beliau yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau menyerahkan pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) berjumlah RM70,000 kepada tujuh usahawan terpilih di kawasan Parlimen itu. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori