• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

21 Jenazah Mangsa Pemerdagangan Manusia Dikebumi Esok

oleh Ahmad Albab
21/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG – Jenazah mangsa pemerdagangan manusia dipercayai pendatang Rohingya dari Myanmar yang ditemui di kem tahanan Bukit Wang Burma, Wang Kelian akan dikebumikan di tanah perkuburan khairiah Kampung Tualang, Pokok Sena, esok.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata 21 jenazah itu akan dikebumikan dalam satu liang lahad berikutan selesainya proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

“Kesemua jenazah tersebut merupakan daripada kumpulan pertama yang ditemui di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama warga pondok Al-Fathoni di Kobah di sini, malam tadi.

Katanya upacara pengkebumian itu akan diuruskan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah (JAIK) dan semua kos pengkebumian ditanggung oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Baki 85 jenazah lagi akan dikebumikan secara berperingkat-peringkat selepas proses bedah siasat di HSB selesai,” katanya.

Menurut Mukhriz majlis pengkebumian itu dijangka bermula pada 10 pagi esok dan beliau akan turut serta pada majlis tahlil selepas proses pengkebumian itu selesai.

Pada 25 Mei lepas pasukan Polis menemui lebih 100 rangka manusia mangsa aktiviti pemerdagangan manusia oleh sindiket dalam kubur di kem tahanan sementara di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis.

Rangka tersebut kemudiannya dibawa ke HSB untuk ujian patologi. – BERNAMA

 

Tags: Mayatpemerdagangan manusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd