• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Windows 10 Hadir Untuk Versi Dekstop Terlebih Dahulu

oleh AK-47
04/05/2015
dalam Gajet
0
Share on FacebookShare on Twitter

WINDOWS 10 pastinya merupakan sistem operasi yang dinantikan ramai, dan menjadi fokus utama pihak Microsoft pada sistem operasi berkenaan adalah sokongan universal untuk pelbagai saiz skrin berbeza.

Walaubagaimanapun, Microsoft akan memperkenalkan Windows 10 mengikut latar masa berbeza bagi telefon dan juga desktop buat masa ini.

Windows 10 untuk desktop akan hadir terlebih dahulu, dimana seperti semua sedia maklum, ia akan ditawarkan secara percuma untuk pengguna Windows 7 dan juga Windows 8.

Menjadi fokus utama pihak Microsoft untuk desktop memandangkan ia merupakan versi yang paling digunakan ramai di seluruh dunia berbanding dengan versi telefon pintar.

Windows 10 untuk telefon dijangka akan hadir untuk telefon pintar selang beberapa minggu selepas itu, dan seperti semua sedia maklum, ia akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua.

Perkara ini mungkin dijangka ramai, apatah lagi dengan pihak Microsoft sendiri menawarkan kemaskini untuk Windows Insider bermula dengan versi desktop, dan versi telefon hanya hadir selepas beberapa minggu untuknya.

Perkara ini juga turut membolehkan mereka mengoptimasikan lagi penawaran Windows 10 untuk telefon, yang mana ia lebih mudah dilakukan untuk desktop.

Seperti semua sedia maklum, untuk telefon, penawaran fungsi akhir Windows 10 adalah berbeza-beza mengikut keupayaan telefon berkenaan.

Terdapat sesetengah model telefon pintar yang tidak akan menerima keseluruhan fungsi Windows 10 berbanding dengan desktop yang mana pembangunannya lebih mudah.

Microsoft dijangka akan memperkenalkan Windows 10 dalam beberapa bulan lagi – dan beberapa desas-desus mengatakan ia berkemungkinan seawal penghujung Julai 2015 ini.

-MYNEWSHUB.CC

Sumber: Windows Central

Oleh: hzq

Tags: TeknologiWindows
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Khaled Nordin Kagum Teknologi Ketenteraan Iran, Patriotisme Rakyat

Khaled Nordin Kagum Teknologi Ketenteraan Iran, Patriotisme Rakyat

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan kekaguman terhadap keupayaan teknologi ketenteraan Iran termasuk dron, roket...

Separuh Pekerjaan Di Malaysia Bakal ‘Pupus’

21/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Bank Dunia menjangkakan separuh daripada pekerjaan di Malaysia bakal digantikan dengan automasi dalam jangka masa panjang. Ahli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd