• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita PKR Saran Keluarga Jangan Ramai Anak

oleh Ahmad Albab
01/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta setiap keluarga berfikir secara mendalam sebelum mempertimbangkan untuk mempunyai ramai anak.

Ketuanya, Zuraida Kamaruddin berkata, perkara itu perlu diteliti bagi mengelakkan masalah pada jangka masa panjang.

“Wanita PKR berpendapat keluarga perlu bersedia untuk menerima tanggungjawab tambahan dari segi kewangan yang stabil sebelum mempertimbangkan untuk mempunyai lebih ramai anak bagi mengelakkan masalah pada jangka masa panjang.

“Ia adalah satu fakta bahawa kadar kelahiran semakin berkurangan. Tetapi dalam pada masa yang sama, kualiti kehidupan harus juga dipertingkatkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Zuraida dalam pada itu cuba menyalahkan kerajaan dalam isu jumlah kelahiran dengan mendakwa, walaupun kadar kelahiran negara memerlukan perhatian, namun benda pokok yang harus diperbetulkan adalah menghentikan rasuah agar kewangan negara berada pada tahap yang sihat.

Dakwanya, negara yang mempunyai hasil mahsul yang kaya sepatutnya mempunyai peruntukan yang cukup untuk semua rakyat termasuk golongan suri rumah.

Dakwa beliau, kerana banyak perbelanjaan yang ditanggung semasa kelahiran dan membesarkan anak-anak, mungkin kerajaan perlu juga melihat ke dalam subsidi kelahiran baru dengan memberi peruntukan kepada ibu bapa.

Sehubungan itu, beliau mencabar Menteri Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim supaya menjalani kehidupan selama sebulan dengan hanya memperoleh gaji minimum RM900.

Katanya, selepas tamat tempoh itu, Rohani diminta membuat keputusan sama ada relevan untuk meyakinkan masyarakat supaya mempunyai lebih ramai anak berdasarkan kos kehidupan yang semakin meningkat. – Mynewshub.cc

https://youtu.be/7qsr11fiuQs

Tags: PKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

Kontroversi Puad Cetus Polemik: Wujudkah ‘Parti Anak-Beranak’ Di Malaysia?

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kontroversi membabitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bertindak keluar parti secara...

“Johor Benteng Perjuangan Reformasi” – Dakwa Saifuddin Nasution

“Johor Benteng Perjuangan Reformasi” – Dakwa Saifuddin Nasution

13/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Johor akan terus menjadi benteng...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd