• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Korporat Tidak Perlu Main Golf – PKR

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Golongan wanita tidak perlu bermain golf supaya mereka lebih diterima dalam bidang korporat, kata Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin.

Menurut beliau, lelaki dan wanita dilahirkan dengan sifat yang berbeza maka tidak wajar golongan wanita perlu bermain golf untuk bersaing dengan kaum lelaki bagi mendapat tempat dalam bidang tersebut.

“Mengapa cuba untuk bersaing dengan orang lelaki apabila kita (wanita) mempunyai kekuatan sendiri.

“Kita perlu akui, lelaki dan wanita dilahirkan dengan sifat yang berbeza. Jika kita terus mencuba untuk menjadi orang lain, makanya hidup ini akan sentiasa berundur ke belakang. Jadilah diri sendiri dan binalah kekuatan sendiri,” dakwanya dalam satu kenyataan media ahri ini.

Zuraida mendakwa, bermain golf dan menulis artikel tidak boleh dijadikan sebagai pengukur agar tahap penerimaan ke atas wanita menjadi lebih tinggi dalam sektor korporat.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim semalam menyeru golongan wanita supaya lebih berdaya saing untuk mendapat kedudukan lebih baik dalam sektor korporat.

Beliau memberi contoh paling drastik yang boleh dilakukan wanita untuk lebih menonjol dan memasarkan kemampuan mereka seperti menulis artikel dan bermain golf seperti yang dilakukan ahli korporat lelaki. – mynewshub.cc

Tags: golfPKR
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi contoh teladan tentang komitmen,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd