• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Azizah Menang: Wanita PKR Sindir PAS?

oleh Ahmad Albab
11/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa undi kaum Melayu ke atas parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh baru-baru ini meningkat sehingga lima peratus.

Ketuanya, Zuraida Kamaruddin mendakwa, peningkatan itu menunjukkan bahawa pengundi lebih mementingkan isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam kempen PKR berbanding isu-isu lain.

“Kami menyedari tentang kenaikan pengundi Melayu antara empat hingga lima peratus dan kami menganggap ia sebagai satu indikator yang mengesahkan sokongan kaum Melayu ke atas PKR,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Segelintir pimpinan PAS sebelum ini membayangkan sokongan kaum Melayu Islam ke atas PKR akan menurun kerana parti itu didakwa menolak undang-undang hudud.

Zuraida dalam pada itu turut menegaskan kemenangan calon PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Permatang Pauh menunjukkan bahawa golongan muda negara tidak mengambil kira tentang aspek jantina untuk memilih pemimpin.

Pemimpin PAS termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini pernah menyatakan Wan Azizah yang juga Presiden PKR tidak boleh menjadi pemimpin tertinggi dalam sesebuah negeri kerana beliau seorang wanita. – mynewshub.cc

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd