SIAPA kata mahu merompak tidak memerlukan otak yang bijak?
Apa sahaja yang ingin dilakukan memerlukan perancangan yang bijak dan jika tidak, inilah yang akan berlaku kepada anda.
Sudah pasti niat jahat tidak akan diberkati, menerusi rakaman video CCTV, seorang lelaki dari Queensland di Australia cuba merompak mesin ATM di sebuah kedai namun gagal.
https://www.youtube.com/watch?v=i7tYYwo0d64
Dia dilihat berjaya memecah masuk kedai itu tetapi gagal menarik keluar mesin ATM itu menggunakan kenderaannya kerana kebodohan diri sendiri.
Mungkin kecewa dengan tindakan kurang bijaknya, dia pun berlalu pergi meninggalkan tempat itu.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: Pitt