• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuzik Legenda Blues ‘BB King’ Meninggal Dalam Tidur

oleh
17/05/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Penyanyi dan pemain gitar, Riley B King atau lebih popular disebut BB King yang juga digelar sebagai King of the Blues meninggal dunia pada 14 Mei lalu, lapor media Amerika Syarikat.

Peguam peribadi kepada pemuzik itu berkata King, yang berusia 89 tahun dan berasal dari Berclair, Mississippi; meninggal dunia secara aman ketika dalam tidur di rumahnya di Las Vegas, Nevada pada Khamis.

Legenda itu dikenali kerana telah membawa peminat baharu kepada genre muzik Blues, di samping mempengaruhi generasi pemuzik dengan nyanyian diiringi gitar untuk lagu-lagu seperti The Thrill Is Gone.

Mendiang pernah menjual berjuta-juta rekod muzik di seluruh dunia dan populariti beliau membolehkan namanya dimasukkan ke dalam senarai Blues Foundation Hall of Fame dan Rock and Roll Hall of Fame.

Beliau turut dikenali kerana suka bermain gitar Gibson yang dipanggil sebagai Lucille, malah mendiang juga merupakan mentor kepada beberapa pemain gitar popular termasuk Eric Clapton dari England.

King pernah menerima anugerah berprestij Grammy yang ke-15 pada 2009 lalu dalam kategori album Traditional Blues untuk salah sebuah daripada album malar hijau dirinya, One Kind Favor.

Nama panggilan BB yang digunakan itu asalnya gelaran Blues Boy ketika mendiang pernah berkhidmat sebagai juruhebah stesen radio tempatan WDIA di Memphis, sekali gus menaikkan nama stesen tersebut.

Mendiang dilaporkan pernah gagal dua kali berkahwin akibat kesibukan dalam kerjayanya, namun beliau masih dikurniakan 15 orang anak dan 50 cucu hasil daripada kedua-dua perkahwinan berkenaan.

King disahkan menghidap penyakit kencing manis jenis 2 pada 1980-an dan pernah dimasukkan ke hospital bulan lalu selama beberapa hari selepas mengalami kekurangan air berkaitan masalah itu.  – Agensi/H.A.AMREE

 

Tags: gitarGrammylegendaMuzikpemuzikpenyanyi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

BR1M, Cara Kerajaan Pindah Kekayaan Kepada Rakyat

Next Post

VIDEO: Lawak.. Bila Si ‘Cerdik’ Cuba Merompak Mesin ATM

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

Tilintetgjort, Troll Dibarisi Pemuzik Norway Yang Terkenal Dan Berpengalaman

Tilintetgjort, Troll Dibarisi Pemuzik Norway Yang Terkenal Dan Berpengalaman

22/07/2024
0

Oleh ABDUL AZIZ ITAR TILINTETGJORT mungkin perkataan yang sedikit sukar untuk disebut bagi yang bukan berbahasa Norway. Namun, bagi para...

Next Post

VIDEO: Lawak.. Bila Si 'Cerdik' Cuba Merompak Mesin ATM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd