• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Unit Hemodialisis Hospital Rompin Beroperasi Jun

oleh Ahmad Albab
02/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Unit Hemodialisis di Hospital Rompin yang memiliki lima unit mesin dialisis dijangka mampu menampung keperluan mendesak untuk rawatan buah pinggang di kawasan Parlimen Rompin.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata unit berkenaan yang bakal beroperasi pada Jun ini dapat menampung rawatan 30 pesakit sehari.

“Unit ini akan mula beroperasi setelah masalah teknikal diatasi dalam masa terdekat dan dijangka dapat menampung sekurang-kurangnya 30 pesakit.

“Selain unit hemodialisis, Hospital Rompin juga akan lengkap dengan pelbagai kemudahan perubatan dengan kapasiti 60 katil,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat Pusat Media Jabataan Penerangan sempena pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin hari ini.

Dr Hilmi berkata Hospital Rompin yang dibina pada Ogos 2009 dengan kos RM110 mula beroperasi pada 1 Mac tahun lalu dengan memulakan perkhidmatan Unit Kecemasan dan pusat bersalin khusus untuk mereka yang tidak mempunyai masalah atau Alternative Birthing Center (ABC).

Sementara itu bercakap kepada pemberita selepas melawat Hospital Muadzam Shah, beliau setakat ini pesakit terpaksa datang ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit buah pinggang walaupun terletak kira-kira 80 kilometer dari Kuala Rompin.

“Hospital ini mempunyai 13 mesin dialisis yang hanya mampu tampung 30 pesakit sehari. Sebab itu dengan adanya unit dialisis baharu di Hospital Rompin, ia dijangka mampu dapat menampung keperluan mendesak untuk rawatan penyakit,” katanya.

Hasil lawatan itu juga, beliau telah meluluskan peruntukan segera sebanyak RM500,000 untuk tujuan pembelian mesin penyulingan air, pembesaran jabatan pesakit luar dan pembaikan sistem penghawa dingin.

Lawatan itu turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas Pahang Datuk Norol Azali Sulaiman dan Anggota Dewan Undangan Negeri Muadzam Shah Datuk Seri Maznah Mazlan. – BERNAMA

Tags: hospital
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

04/01/2026
0

TANGKAK: Dua wanita disahkan maut dalam satu kemalangan jalan raya tragis melibatkan dua buah kenderaan di KM 33, Jalan Kebun...

Pesakit Dakwa Dipukul Dua Doktor Di Hospital

Pesakit Dakwa Dipukul Dua Doktor Di Hospital

23/12/2025
0

SHIMLA (India): Seorang pesakit lelaki berusia 36 tahun mendakwa menjadi mangsa serangan fizikal oleh dua orang doktor di Indira Gandhi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd