• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tian Chua Ditahan Di Seberang Jaya

oleh Ahmad Albab
04/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Naib Presiden PKR Tian Chua ditahan polis di Seberang Jaya di sini, malam ini dipercayai bagi membantu siasatan berhubung penglibatannya dalam perhimpunan BantahGST (Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Kuala Lumpur semalam.

Anggota Parlimen Batu itu ditahan pada kira-kira 11.45 malam ini.

Menerusi akaun Twitternya, Tian Chua menyatakan beliau ditahan ketika memandu di Seberang Jaya selepas menghadiri ceramah anjuran PKR sempena pilihan raya kecil Permatang Pauh di Taman Tun Hussein Onn di sini.

Menurutnya beliau dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Bandar Perda dekat sini, sebelum sepasukan polis membawanya ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah SPT ACP Rusli Mohd Noor ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan Tian Chua namun enggan mengulas lanjut.

Polis hari ini menahan lima lagi individu menjadikan jumlah keseluruhan 35 individu ditahan bagi membantu siasatan berikutan penglibatan mereka dalam perhimpunan BantahGST semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata berkata lima yang ditahan itu termasuk Anggota Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook, Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli, aktivis Hishamuddin Rais dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan. – BERNAMA

Tags: GSTTian Chua
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Apa-apa yang Bersifat ‘Pintu Belakang’, Begitulah Cara Sistem Westminster Berfungsi

Tiada Apa-apa yang Bersifat ‘Pintu Belakang’, Begitulah Cara Sistem Westminster Berfungsi

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim mendakwa seorang Menteri Besar yang kehilangan sokongan majoriti ADUN sepatutnya meletakkan...

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd