• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Keperluan Buka Semula Pusat Sokongan MH370

oleh Ahmad Albab
22/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) hari ini mengulangi komitmennya untuk terus membantu keluarga mangsa MH370 menerusi platform alternatif yang ia sediakan.

Sehubungan itu, syarikat penerbangan kebangsaan itu menjelaskan, tiada sebarang keperluan untuknya membuka semula Pusat Komunikasi dan Sokongan Keluarga MH370.

Ini sebagai mengulas laporan mengenai bantahan oleh keluarga serta waris penumpang penerbangan terhadap tindakan kerajaan Malaysia, China serta MAS menutup operasi pusat sokongan berkenaan di China.

MAS sebelum ini bertindak menutup pusat itu di Beijing serta enam wilayah lain di negara itu.

“Seperti yang telah dimaklumkan kepada anggota keluarga, Malaysia Airlines akan terus menyalurkan maklumat serta mengekalkan komunikasi menerusi talian khas serta emel bagi waris bertanyakan soalan am serta isu pampasan,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Sebagai langkah tambahan, MAS turut mengadakan pertemuan dengan waris keluarga di Beijing pada 15 Mei lepas.

Maklumat serta perkembangan terkini akan terus dipaparkan di laman web rasmi MH370 di http://www.mh370.gov.my.

Dalam kejadian 8 Mac 2014, penerbangan MH370 ke Beijing yang membawa 239 penumpang, termasuk 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.42 pagi.

Bagaimanapun, kurang 40 minit selepas berlepas, komunikasi radar antara pengawal trafik udara dengan pesawat itu terputus. – BERNAMA

 

Tags: MH370
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd