• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thailand Tukar 50 Pegawai Polis

oleh Ahmad Albab
08/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Lebih 50 pegawai polis Thailand dikenakan hukuman kerana disyaki mempunyai kaitan dengan rangkaian sindiket penyeludupan manusia, kata ketua polis negara berkenaan semalam.

Penahanan mereka dilakukan selepas Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha mengarahkan supaya satu siasatan dijalankan berhubung penemuan sebuah kem penyeludupan manusia dekat sempadan Malaysia.

Sebanyak 32 mayat dipercayai imigran dari Myanmar dan Bangladesh ditemui di dalam beberapa buah kubur cetek di kem tersebut, dalam wilayah Songkhla, selatan Thailand.

“Kami telah memindahkan lebih 50 pegawai polis berhubung isu ini kerana komander-komander polis setempat tahu tentang penglibatan mereka,” kata Ketua Polis Diraja Thailand, Jeneral Somyot Poompanmuang.

“Pada masa lalu, tiada usaha bersungguh-sungguh dilakukan bagi menangani masalah ini. Tindakan terhadap mereka (pegawai polis) hanya berlaku baru-baru ini,” tambahnya.

Sebelum ini, beberapa pegawai Thai menyatakan bahawa aktiviti penyeludupan manusia dibenarkan berleluasa selama bertahun-tahun kerana sikap tidak endah dan sambil lewa pihak berkuasa negara.

Prayuth bagaimanapun mengarahkan penutupan kem-kem penyeludupan manusia di seluruh Thai dibuat dalam masa 10 hari, manakala beberapa pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggesa usaha serantau digembling bagi menamatkan kegiatan pemerdagangan manusia di Asia Tenggara.

Setakat ini, polis Thai telah menangkap empat lelaki termasuk seorang warga Myanmar yang disyaki terbabit dalam kegiatan jahat itu.

Waran tangkap turut dikeluarkan untuk empat lagi suspek di Thailand. – AFP

Tags: RohingyaThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim menegaskan isu pelarian Rohingya perlu dilihat dari sudut kemanusiaan, namun pada masa...

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

12/06/2026
0

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mempergiat tindakan penguatkuasaan menerusi Operasi Pemandu Warga Asing bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd