• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Serap GST Untuk Perkhidmatan PBT – Ahmad Razif

oleh Ahmad Albab
11/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu menyerap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST yang dikenakan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini berkuat kuasa serta merta.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata penyerapan GST itu yang berjumlah RM1.6 juta bertujuan meringankan beban rakyat di negeri ini.

“Ini adalah langkah untuk memastikan amaun GST oleh PBT tidak dikenakan kepada rakyat.

“Perkara ini dipersetujui pada mesyuarat Exco 22 April lepas yang memutuskan untuk menyerap GST bagi sembilan komponen utama di bawah PBT,” katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Sembilan komponen itu ialah sewaan bangunan dan premis Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sewaan pasar, pajakan tanah, pajakan pasar, pajakan tempat letak kereta, sewaan kemudahan sukan, sewaan alat kelengkapan dan perhiasan, sewaan kenderaan, mesin dan jentera dan jualan borang, pelan dan dokumen.

Ahmad Razif berkata walaupun terdapat sembilan komponen, ada daerah yang menambah penyerapan GST seperti di Kemaman yang menyerap CBP bagi jualan barangan taman rekreasi dan mini zoo, jualan tiket taman rekreasi dan mini zoo serta perkhidmatan penyelenggaraan.

Mereka yang sudah membayar GST itu akan dibayar balik oleh Bahagian Kewangan setiap PBT berkenaan.

Terengganu adalah negeri kedua yang menyerap CBP selepas Johor yang menyerap GST bagi semua PBT di negeri itu. – BERNAMA

Tags: Ahmad Razif Abdul RahmanTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd