• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Catat 460 Kes Demam Denggi Setakat 18 Mei

oleh Ahmad Albab
20/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Demam denggi di negeri ini meningkat kepada 460 kes setakat 18 Mei lalu berbanding 297 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu, kata exco negeri.

Pengerusi Jawatakuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata keadaan itu menunjukkan peningkatan 163 kes atau 54.9 peratus bagi tempoh itu.

“Daerah Kuala Terengganu menjadi penyumbang utama dengan 253 kes, Dungun (94), Kemaman (67), Marang (20), Besut (13), Hulu Terengganu (sembilan) dan Setiu (empat),” katanya.

Sepanjang tempoh itu juga, Terengganu mencatat dua kes kematian akibat denggi iaitu masing-masing satu kes di Besut dan Kemaman.

“Bagaimanapun, secara keseluruhan, Terengganu mencatat penurunan kes denggi ketara bermula akhir Mac hingga sekarang iaitu hanya 6 hingga 11 kes seminggu berbanding 20 hingga 60 kes seminggu pada Januari dan Februari, katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.

Muhammad Pehimi berkata setakat ini Jabatan Kesihatan Negeri memeriksa 91,627 premis di seluruh negeri dan daripada jumlah itu, 734 premis didapati positif sebagai tempat pembiakan Aedes dan dikenakan kompaun mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 pindaan 2000.

Katanya 6,580 notis amaran pembersihan dikeluarkan terhadap premis yang berpotensi membiak nyamuk aedes di dalam atau persekitaran premis masing-masing,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat di negeri ini menjaga kebersihan di persekitaran rumah mereka bagi mencegah pembiakan nyamuk Aedes, malah kerajaan negeri juga telah menganjurkan gotong royong perdana untuk melakukan pembersihan secara lebih tersusun. – BERNAMA

Tags: demam denggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Demam Denggi: 2,051 Kes, 2 Kematian Di Kelantan

Demam Denggi: 2,051 Kes, 2 Kematian Di Kelantan

18/09/2024
0

Kota Bharu : Kelantan merekodkan 2,051 kes denggi dengan dua kematian dilaporkan sepanjang tahun ini sehingga 7 September lalu. IKUTI...

Bayi Doktor Maut Tertinggal 10 Jam Dalam Kereta Di Parkir Hospital

89,474 Kes Demam Denggi, 65 Kematian Direkod Hingga September

06/10/2023
0

PUTRAJAYA – Sebanyak 89,474 kes demam denggi direkodkan sejak Januari hingga 30 September lalu dengan peningkatan 105.5 peratus berbanding 43,544...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd