• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Didenda RM10,000 Kesalahan Mengikut Akta Kawalan Harga

oleh Ahmad Albab
21/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Happy Home Superstore Sdn Bhd di Pasir Puteh didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Pengurus kawasan syarikat itu, Mohd Faizal Shafien, 27, yang hadir mewakili syarikat berkenaan, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Yusoff Yunus.

Mengikut pertuduhan, syarikat itu didakwa gagal mematuhi arahan penolong pengawal harga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui notis yang dikeluarkan menurut Seksyen 21(2) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Berdasarkan notis itu, syarikat terbabit dikehendaki melengkapkan maklumat dan mengemukakan dokumen yang diminta dalam tempoh tiga hari bekerja bermula 30 Mac 2015 berkaitan kenaikan harga jualan bekas air berkapasiti 5 kg.

Syarikat itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Subseksyen 21(5) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dihukum menurut Seksyen 57 akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM250,000, jika sabit kesalahan.

Ketika memohon kepada mahkamah agar mengenakan hukuman yang memberi pengajaran kepada syarikat berkenaan, Timbalan Pendakwa Raya KPDNKK Mohd Firdaus Abu Hanipah berkata hukuman itu juga sebagai maklumat kepada peniaga lain agar lebih berhati-hati dalam memastikan harga yang dipamerkan dan tidak mengaut keuntungan berlebihan.

Syarikat itu membayar denda. – BERNAMA

 

Tags: dendasyarikat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cederakan Rakan, Masukkan Serbuk Cili Dalam Seluar, Wanita Dipenjara 15 Tahun, Denda

Cederakan Rakan, Masukkan Serbuk Cili Dalam Seluar, Wanita Dipenjara 15 Tahun, Denda

23/10/2025
0

Kuala Lumpur: Seorang wanita warga Indonesia dihukum penjara 15 tahun dan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

21/05/2025
0

Johor Bahru: Seorang pengurus projek dijatuhkan hukuman penjara sehari kerana membangunkan estet perindustrian melebihi 20 hektar di sini, tanpa mendapat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd