• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarat Lebih Ketat Akan Dikenakan Kepada Pembalak – Adnan

oleh Ahmad Albab
25/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini diberitahu syarat yang lebih ketat akan dikenakan kepada pembalak bagi memastikan mereka yang menjalankan kegiatan pembalakan di Pahang menjaga alam sekitar.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata walaupun industri pembalakan didakwa menjadi antara punca berlakunya banjir besar di negeri ini namun ia bukanlah punca utama musibah itu melanda negeri ini.

“Kegiatan pembalakan sedikit sebanyak memberi kesan kepada alam sekitar tetapi ia bukan punca utama kepada berlakunya banjir besar di negeri ini tahun lalu yang menjejaskan hampir kesemua daerah.

“Dulu pun ada kejadian banjir besar iaitu pada 1926 di mana pada waktu itu ada kegiatan pembalakan yang dibuat secara manual termasuk menggunakan gajah…tahun 1971 pun banjir besar serta ada pembalakan begitu juga tahun lalu.

“Banjir besar bukan disebabkan pembalakan semata-mata tetapi ada sebab lain antaranya perubahan cuaca,” katanya menjawab soalan Andansura Rabu (PAS-Beserah) pada sidang DUN di Wisma Sri Pahang, di sini.

Andansura meminta penjelasan sama ada kegiatan pembalakan dipercayai menjadi punca kepada kejadian banjir besar di negeri ini pada penghujung tahun lalu.

Sementara itu, menjawab soalan Datuk Seri Datuk Sh Mohmed Puzi Sh Mohamed Ali (BN-Peramu) mengenai kemasukan masyarakat Kemboja secara haram di Pekan, Adnan berkata, Jabatan Imigresen sudah menjalankan penguatkuasaan dan menahan 32 orang pada tahun lalu dan awal tahun ini.

“Bidang kuasa Imigresen terletak di bawah kerajaan persekutuan dan kita faham masalah pendatang asing dalam kalangan masyarakat Kemboja ini menjadi satu kesulitan, ia turut berlaku di seluruh negara.

“Berdasarkan penguatkuasaan di Pekan, sebanyak 11 tangkapan dibuat pada 2014 dan 20 tangkapan pada 2015,” katanya.

Adnan berkata, selain penguatkuasaan kerajaan persekutuan juga mengetatkan pintu masuk di sempadan bagi mengelak kemasukan pendatang asing tanpa izin. – BERNAMA

 

Tags: Adnan YaakobPembalakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Didesak Campur Tangan Kes Pembalak Ceroboh

30/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan didesak untuk campur tangan dalam kes pencerobohan pembalak di tanah adat orang asli di Kampung...

Orang Asli Halang Pembalakan Diugut Dengan Senapang

07/03/2019
0

PENDUDUK Orang Asli kaum Temiar di Kampung Tasik Asal Cunex dekat Gerik, Perak hidup dalam ketakutan apabila mereka mendakwa diugut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd