• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sub-Kontraktor Didakwa Bunuh Adik Lelaki

oleh Ahmad Albab
15/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh adik kandungnya di hadapan rumah mangsa di Kampung Jawa di sini awal bulan ini.

M. Nageswaran, 39, dari Jalan Kota Raja, Klang, didakwa membunuh Gunalan, 37, di No 16C, Lot 1592, Batu 3 1/2, Kampung Jawa, kira-kira 5.30 petang, 5 Mei lepas.

Tertuduh yang bekerja sebagai sub-kontraktor servis pendingin hawa didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Nageswaran mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang ditangkap pada 9 Mei lepas.

Majistret Ellyana Razali menetapkan 15 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Di Mahkamah Sesyen di sini, Nageswaran menghadapi satu lagi pertuduhan cuba membunuh isteri Gunalan, V.Malliga, 39, dengan menikamnya menggunakan sebilah parang, antara 5.30 petang hingga 5.45 petang, di tempat dan tarikh sama.

Tertuduh yang mengaku tidak bersalah didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Hakim Rozina Ayob tidak membenarkan Nageswaran diikat jamin dan menetapkan tarikh sama iaitu 15 Jun untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan bagi kedua-dua kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip dan Salwa Asmary Abdul Rahim sementara tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=9x0Gff-QgQc

Tags: kes bunuhkes mahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd