Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

Op Kesan Jejak 171...

Alor Setar : Polis Kedah melancarkan Op Kesan bagi mengesan baki 171 pelarian...

Terkejut Ramai Marah Pegang...

KALAU sebut nama Uqasha Senrose je pasti ada sahaja kisah panas yang dikaitkan...

Kaji Semua Keberkesanan Pemberian...

SEBAGAIMANA lazim pada Oktober, pembentangan belanjawan tahunan negara di Dewan Rakyat dinanti-nantikan rakyat....

Paip Pecah Punca Gangguan...

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Jalan Ipoh mengalami gangguan bekalan air sementara,...

SPR Tanggal Poster, Kain Rentang Perkauman

BUTTERWORTH – Pasukan pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh hari ini menanggalkan ratusan poster, kain rentang dan banting yang berbaur perkauman.

Pemangku Pengarah SPR negeri, Azizal Ahmad berkata, selepas menerima laporan pagi tadi, pasukan SPR mengadakan operasi menanggalkan bahan kempen berkenaan.

Menurutnya, kebanyakan bahan kempen berkenaan tidak menepati peraturan berkempen kerana berbaur perkauman, lebih kepada serangan peribadi, tiada kena mengena dengan parti yang bertanding dan ada yang tidak mempunyai pemilik.

“Mereka didapati bersalah di bawah Seksyen 24A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan kami akan membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata SPR menggerakkan enam pasukan dengan empat pegawai dalam satu pasukan untuk memantau kempen PRK Permatang Pauh ini.

“Operasi pemantau ini akan diteruskan sehingga esok walaupun tempoh berkempen berakhir malam ini bagi memastikan segalanya berjalan lancar,” kata Azizal.


Katanya, ketika melakukan operasi, terdapat beberapa ahli politik yang cuba menghalang tetapi selepas berbincang, bahan kempen itu akhirnya ditanggalkan.

Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan banting dan poster yang ditanggalkan itu adalah di kawasan Permatang Nibong, Kubang Semang dan Penanti.

PRK Permatang Pauh esok menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN Suhaimi Sabudin, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Azman Shah Othman (PRM) dan Salleh Isahak (Bebas). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori