• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPA Diarah Bekukan Pengambilan Kakitangan Awam?

oleh AK-47
10/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pekeliling daripada Jabatan Perkhidmatan Awam  meminta  pengawalan jumlah perjawatan dan pengisian sektor awam telah bocor dan tersebar.

Mynewshub yang menerima salinan itu mendapati, pembekuan pengambilan kakitangan awam dikatakan berkuatkuasa mulai 22 April lalu atas tujuan untuk mengoptimumkan pengunaan sumber manusia yang sedia ada.

Pembekuan itu melibatkan semua kementerian dan jabatan serta agensi kerajaan.

Ia diputuskan semasa Sesi Perjumpaan Khas Ketua Setiausaha Negara dengan Pengerusi dan Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan pada 18 Mac lalu.

awam

Daripada pekeliling yang ditujukan kepada Pengerusi SPA , Tan Sri Mahmood Adam yang diterima pejabat beliau pada 23 April lalu, penangguhan itu boleh dikecualikan atas beberapa sebab tertentu.

Antaranya ialah sekiranya terdapat situasi seperti urusan yang melibatkan calon-calon yang telah dipanggil temu duga untuk proses pelantikan dan pengambilan pelatih untuk mengikuti program pra-perkhidmatan dan pelantikan pelatih yang telah berjaya mengikuti program pra-perkhidmatan tertakluk kepada pengesahan kekosongan jawatan sedia ada.

Tidak dinyatakan sehingga bila pembekuan itu akan dikuat-kuasakan.

Malaysia sebelum ini dilaporkan mempunyai jumlah kakitangan awam yang paling tertinggi di dunia iaitu sebanyak 1.4 juta orang atau 10 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja dalam negara.

Jumlah yang tinggi itu dipercayai menjadi penyebab mengapa kakitangan awam baru tidak dapat ditambah dalam masa terdekat ini.- MYNEWSHUB.CC

Oleh: JULIANA JOHAR

Tags: SPA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penahanan 17 Individu Bukti IS Semakin Serius

Next Post

Komputer, 97 Perisian Palsu Bernilai RM800,000 Dirampas

Related Posts

Suspek Mungkin Orang Upahan – Suami Mangsa Simbah Asid

Suspek Mungkin Orang Upahan – Suami Mangsa Simbah Asid

19/05/2025
0

BACHOK: Suami pengusaha spa yang disimbah cecair dipercayai asid tidak menolak kemungkinan suspek yang melakukan perbuatan itu diupah pihak tertentu....

SPRM Nafi Keluar Kenyataan SPA Ambil Sekutu

21/04/2021
0

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan pegawai kanannya mengeluarkan kenyataan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan badan kerajaan...

Next Post

Komputer, 97 Perisian Palsu Bernilai RM800,000 Dirampas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd