PADAH menjalani aktiviti haram, seorang pengedar daging anjing maut akibat tertembak diri sendiri ketika sedang membuat demonstrasi menggunakan senjata baru untuk membunuh haiwan di China.
Pengedar itu mati ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dia tertembak kakinya sendiri dengan anak panah beracun yang digunakan untuk membunuh anjing.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku semasa lelaki itu sedang menunjukkan cara-cara menggunakannya kepada ahli kumpulan pengedar itu.
Pihak polis yang mengenal pasti isu itu berjaya menahan 5 lagi kumpulan pengedar yang menjalani kegiatan tersebut, mereka juga mengakui telah membunuh lebih 1,000 ekor anjing, bekukan daging haiwan itu dan mengedarkannya di pasaran.
Beberapa kawasan di China sangat popular dengan hidangan daging anjing ini terutamanya di Hunan, mereka percaya ianya dapat meningkatkan prestasi seksual lelaki dan ada yang menyatakan daging haiwan itu mampu merawat penyakit mati pucuk.
Walau bagaimanapun, industri pengedaran daging anjing sekarang ini sedang mengalami tekanan dari pihak pencinta haiwan serta aktivis pejuang hak haiwan yang akan melaporkan segala kegiatan haram ini kepada pihak berkuasa.
Semoga tekanan yang diberikan kepada pihak tidak bertanggungjawab ini akan diteruskan agar haiwan yang tidak bersalah ini tidak menjadi mangsa kekejaman mereka.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=9bzNNzuWywM
Oleh: Pitt