• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sentiasa Bersedia Dan Ada Keyakinan Diri – Pele

oleh Ahmad Albab
30/05/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain bola sepak terhebat abad ini, Pele menasihatkan pemain bola sepak kebangsaan supaya sentiasa bersedia dan mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri bagi menghadapi Pusingan Kelayakan Piala Dunia akan datang.

Edison Arantes do Nascimento atau dilebih dikenali sebagai Pele, berkata apabila pemain berada di bawah tekanan dan memerlukan beraksi dengan baik, mereka harus bersedia dari segi fizikal dan mental.

“Anda (pemain) harus bersedia dan mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri kerana anda akan sentiasa menghadapi tekanan. Misalnya, apabila saya menjaringkan gol pertama pada Piala Dunia 1958 di Sweden pada usia 17 tahun, saya tidak berdepan apa-apa tekanan dan semuanya normal.

“Tetapi semasa jaringan saya ke-1,000 di Maracana iaitu di penghujung karier saya selepas bermain selama hampir 20 tahun, ia sepakan penalti…tangan saya menggeletar sebelum mengambil sepakan kerana peminat mula berteriakan gol…nasib baik saya menjaringkan gol,” kata Pele ketika program bersama pemain Harimau Malaya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini semalam.

Legenda bola sepak dunia itu meluangkan masa kira-kira 45 minit berkongsi pengalaman dan pandangan beliau semasa sesi itu yang merupakan sebahagian pelancaran kempen ‘Yang Hebat Dahagakan Cabaran’ oleh 100Plus, yang dihadiri lapan pemain kebangsaan dan pengamal media.

Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan tekanan dalam beberapa minggu akan datang kerana akan berdepan Timor Leste pada 11 Jun dan Palestin (16 Jun) di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 di Rusia, yang juga dijadikan Pusingan Kelayakan Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu.

Antara pemain Harimau Malaya yang menyertai sesi perbincangan itu ialah Mohd Nasir Basharuddin, Khairul Fahmi Che Mat, Joseph Kalang Tie, D. Christie Jayaseelan dan Zubir Azmi.

Juara tiga kali Piala Dunia itu, menjelaskan bahawa untuk berjaya dalam era bola sepak moden, setiap pasukan itu perlu mempunyai formasi yang mantap di samping pemain individu yang hebat.

Pemain bola sepak berusia 74 tahun itu yang menjaringkan sejumlah 1,282 gol untuk Brazil dan kelabnya – Santos FC dan New York Cosmos, mengakui bahawa mendiang bapanya adalah inspirasi kepada beliau untuk bermain bola sepak.

“Bapa saya menangis kerana Brazil tidak dapat menjulang Piala Dunia di tempat sendiri. Kemudian, saya berjanji kepada bapa, saya akan membantu Brazil untuk memenangi Piala Dunia…ketika itu saya berusia sembilan tahun dan tidak tahu langsung tentang Piala Dunia.

“Beliau (bapa) adalah individu yang membimbing saya bermain bola sepak. Beliau sentiasa memberitahu saya, mempunyai bakat dalam bola sepak adalah anugerah Tuhan, tetapi perkara paling penting ialah menjadi orang baik,” katanya.

Bekas Menteri Sukan Brazil itu juga berkata pemain Argentina Lionel Messi dan Neymar dari Brazil adalah pemain bola sepak terbaik dunia masa kini, dan mengakui bahawa beliau berhasrat beraksi bersama Cristiano Ronaldo, Oscar, Messi dan Javier Mascherano, jika dia benar-benar sihat.

Bintang Chelsea yang juga pemain Brazil, Oscar juga menghadiri program tersebut, dan berkongsi pengetahuan dan kemahirannya dalam klinik bola sepak bersama empat pasukan terbaik dalam Liga Bola Sepak Kementerian Pendidikan iaitu Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Tunku Mahkota Ismail (Johor), SSM Pahang, SMK Za’ba (Negeri Sembilan) dan SMK Putera (Kelantan). – BERNAMA

Tags: Harimau Malaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd