Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Penjara Pengkalan Chepa Sesak

KOTA BHARU - Bilangan penghuni Penjara Pengkalan Chepa di sini, meningkat hampir 100...

Barang Dihantar Kurier Letak...

KLANG: Seorang wanita membuat laporan polis selepas barang keperluan rumah yang dibeli secara...

Wanita Dijangkiti Zika Dibenar...

BANGKOK - Kerajaan Thailand membenarkan wanita yang dijangkiti virus Zika menggugurkan kandungan mereka...

11 Individu Ditahan Bantu...

JOHOR BAHRU - Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan berhubung kejadian tembakan...

Semakin Popular, Zara Zya Dilabel Sombong.. Betul Ke?

Pelakon yang popular menerusi drama Love You Mr Arrongant, Zara Zya menafikan dakwaan yang menyatakan dirinya seorang artis yang sombong.

Desas desus ini muncul apabila ada yang mendakwa dia sukar untuk bertegur sapa dengan orang ramai.

Menurut Zara, dia sebenarnya mempunyai sikap yang amat pemalu ketika berhadapan orang ramai di kawasan terbuka mengakibatkan ramai yang beranggapan dirinya seorang yang sombong.

imageResize

 

“Saya banyak kali dengar cerita-cerita yang mengatakan saya ini sombong, sukar nak bergaul dan sebagainya, tetapi sebenarnya tidak, saya agak pemalu kerana sebelum ini tiada siapa yang kenal saya.


“Setelah drama Love You Mr Arrongant menjadi kesukaan ramai, terus nama saya melonjak naik, dan dalam sekelip mata telah berlakunya perubahan dalam karier saya.

“Jadi saya perlukan masa untuk tampilkan diri di khalayak ramai, jadi kepada sesiapa sahaja yang pernah lihat saya seperti orang sombong, saya minta maaf, saya bukan seperti itu,” katanya kepada portal Murai.

Dalam perkembangan lain, Zara Zya akan bergandingan bersama Aaron Aziz dalam menjayakan drama online terbarunya iaitu ‘Dan Calonnya Adalah’ yang akan bersiaran di tonton.com.my tidak lama lagi. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori