• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seluar Terlondeh Ketika Cuba ‘Selfie’ Bersama TPM UK

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG remaja lelaki terpaksa menanggung malu apabila seluarnya terlondeh semasa cuba bergambar ‘selfie’ bersama Timbalan Perdana Menteri United Kingdom, Nick Clegg.

Portal Mail Online melaporkan William Carrie, 17, meminta timbalan perdana menteri itu untuk bergambar bersama di luar Kolej Solihull tengah hari Jumaat.

Bagaimanapun seluar jeans yang dipakai William terlondeh sehingga ke paras lutut semasa Clegg berdiri rapat dengannya untuk bergambar.

Clegg kemudiannya mengangkat tangan dan berlalu menuju ke sebuah bas.

Keadaan yang tidak disangka itu membuatkan muka William merah padam.

Bercakap kepada Mail Online petang Jumaat, pelajar Solihull menegaskan kejadian memalukan itu sebagai satu ‘keadaan yang tidak disengajakan’.

William berkata, dia menuju ke kolej untuk berjumpa dengan rakannya sewaktu bertemu dengan Clegg tanpa menyedari timbalan perdana menteri itu sedang membuat lawatan.

“Saya menghampirinya untuk mengambil gambar kerana saya suka berjumpa dengan selebriti. Tetapi sebaik sahaja saya mahu mengambil gambar ‘selfie’, seluar saya terlondeh,” katanya.

Tambah William, seluar jeans itu yang dipakainya sejak beberapa tahun dan itu mungkin petanda dia perlu mendapatkan sepasang seluar yang baharu.

“Saya berasa sangat malu kerana kejadian yang berlaku benar-benar memalukan. Semua rakan mentertawakan saya dan ramai yang merakamkan kejadian yang berlaku,” katanya.

William bagaimanapun bernasib baik kerana dia memakai seluar pendek “boxer’ hitam di bahagian dalam ketika kejadian berlaku.

“Ia memang lucu tetapi ia benar-benar tidak disengajakan. Saya tidak pernah melakukan perkara seperti itu dengan sengaja.

“Saya mahu mohon maaf kepada Nick Clegg secara peribadi. Saya hanya mahu mengambil gambar bersamanya dan saya fikir beliau mungkin marah,” jelas William.

Bagaimanapun, Clegg melihat perkara itu dengan berbuat jenaka menerusi kenyataannya di Twitter: “Ada segelintir yang tidak mengendahkan amaran saya supaya mengetatkan tali pinggang.” – MAIL ONLINE

Tags: maluselfie
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

25/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa...

‘Saya Pun Malu Telefon Nak Minta Lagi. Orang Tengah Perang’ – PMX

‘Saya Pun Malu Telefon Nak Minta Lagi. Orang Tengah Perang’ – PMX

19/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau berasa serba salah untuk menghubungi Presiden Iran bagi meminta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd