• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Samseng Di Sebalik Khidmat Pengawal Keselamatan

oleh Ahmad Albab
18/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penduduk di kawasan yang mempunyai kawalan keselamatan telah dipaksa untuk membayar wang perlindungan kepada pengawal keselamatan mereka.

Kebanyakan pengawal keselamatan ini sebenarnya tidak lebih daripada samseng yang berlindung di sebalik tugas menawarkan khidmat mengawal keselamatan atau mereka yang mempunyai kaitan dengan kumpulan samseng tertentu.

Mahu atau tidak, penduduk perlu membayar sejumlah wang untuk melindungi diri mereka sendiri daripada diganggu oleh anggota kumpulan samseng yang mempunyai kaitan dengan pengawal keselamatan yang diupah.

Perkara ini turut diakui oleh Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) yang berkata kebanyakan anggotanya syarikatnya disokong oleh kumpulan-kumpulan samseng.

Beberapa persatuan penduduk (RA) di Lembah Klang telah terperangkap dengan kumpulan yang mempunyai kaitan dengan samseng atau bekas banduan yang berkhidmat sebagai pengawal.

Beberapa RA yang memegang jawatan mendakwa mereka dipaksa untuk terus mengupah syarikat-syarikat ini selepas menerima ugutan bahawa samseng yang akan mencetuskan masalah jika perkhidmatan mereka ditamatkan.

Terdapat juga beberapa kes pergaduhan melibatkan kumpulan saingan yang bersaing untuk mendapatkan ‘perniagaan’ dalam bidang kawaalan keselamatan di kawasan perumahan.

Kes terbaharu melibatkan ‘perang’ di kalangan samseng di Bandar Bukit Raja, Klang menyebabkan seorang pengawal keselamatan mati dan enam yang lain cedera.

Seorang wakil RA, yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, berkata banyak persatuan tertarik dengan syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan dengan kumpulan samseng disebabkan kadar yang rendah.

“Mereka mengenakan bayaran kira-kira RM4 atau RM5 sejam. Tetapi kemudian mereka mendapati pengawal-pengawal yang ditugaskan tidak terlatih. Ada yang datang bekerja dalam keadaan mabuk,” katanya.

Seorang lagi anggota jawatankuasa RA mendakwa bahawa pergaduhan yang dicetuskan kumpulan ini telah menyebabkan pagar di pos pengawal keselamatannya rosak.

Seorang pengerusi RA berkata ketika kawasan kejiranannya dikawal oleh sebuah syarikat kumpulan yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan samseng, rumah-rumah mereka yang tidak membayar wang kepada mereka kerap dipecah masuk.

Veteran indusri keselamatan, yang mengendalikan beberapa kontrak RA di Lembah Klang, berkata pelanggannya mendapati sukar untuk menghapuskan pengawal yang mempunyai kaitan dengan kumpulan samseng terbabit.

“Seorang RA meminta saya untuk mengambil alih syarikat kawalan keselamatan dari geng tersebut tetapi saya enggan. Tidak ada yang berani mengambil alih syarikat yang asalnya mempunyai kaitan dengan kumpulan tersebut, ia adalah sesuatu yang kita tidak mahu libatkan diri,” katanya.

Beliau berkata kawasan kejiranan yang dikawal kumpulan ini telah meningkat di Klang, Rawang dan beberapa kawasan di Subang Jaya dan Lembah Subang, dengan bayaran kira-kira RM2,000 daripada setiap kawasan perumahan.

“Jika mereka menguasai banyak kawasan, keuntungannya adalah besar. Itulah sebabnya geng ini memperluaskan wilayah mereka dan akhirnya bergaduh dengan pesaing untuk membuat kawalan, ” katanya.

Beliau berkata tidak ada cara tertentu untuk RA untuk memeriksa jika syarikat yang mendapat sokongan ‘dalaman’ atau tidak, kerana kebanyakannya beroperasi di bawah lesen syarikat keselamatan yang lebih besar. – mStar Online

 

 

Tags: Kongsi Gelappengawal keselamatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

10/09/2025
0

KOTA KINABALU: Pengawal keselamatan memberitahu Mahkamah Koroner, di sini, hari ini, beliau menemukan Allahyarham Zara Qairina Mahathir terlentang di dalam...

Pengawal Keselamatan Ditahan, Kes Surat Palsu Guna Nama TPM

Pengawal Keselamatan Ditahan, Kes Surat Palsu Guna Nama TPM

17/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan ditahan berkaitan penyebaran surat palsu yang menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd