Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ditahan Kerana Menyamar...

MUAR - Seorang lelaki ditahan kerana menyamar sebagai anggota polis serta cuba mencabul...

Remaja Lelaki Ditahan Sedang...

KEPALA BATAS - Seorang remaja yang sedang mencuri wayar elektrik di sebuah rumah...

Belum Tubuh Parti Baru,...

BARU wujud ura-ura tentang penubuhan parti baru dari serpihan ahli PAS iaitu organisasi politik...

Hilang Di Tampin, Gadis...

TAMPIN : Seorang remaja perempuan yang sebelum ini dilaporkan hilang di Felda Jelai...

Rondaan Berkala Di Laluan Tikus Syed Omar Dipertingkat

KANGAR – Kawalan keselamatan di satu daripada laluan tikus di sempadan Malaysia-Thailand dikenali sebagai laluan Syed Omar di sini akan diperketat selain rondaan berkala dipertingkat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Shahidan yang juga anggota Parlimen Arau dan bekas Menteri Besar Perlis berkata laluan kira-kira empat kilometer tidak berpagar merentasi hutan simpan kedua-dua buah negara itu telah menjadi perhatiannya sejak 20 tahun lepas.

“Tempat itu kalau nak bawa lari gajah pun boleh, sebab situ tak ada pagar dan paling cepat sampai ke bawah, tetapi antara halangan besar sebab terpaksa lalu jalan kampung, sebab itu di situ kurang sikit penyeludupan,” katanya kepada pemberita pada Karnival Sukan Sekolah Teknik dan Vokasional di sini, semalam.

Pemberita Bernama sebelum itu sempat meninjau kawasan di laluan berkenaan selepas mendapat maklumat daripada penduduk setempat yang mendakwa wujud beberapa laluan tikus di sempadan Malaysia dan Thailand, di sini.

Antara laluan tikus lain termasuk di Felcra Lubuk Sireh, Felda Mata Ayer, Ladang Tebu Chuping, Wang Kelian dan Bukit Batu Putih.

Laluan tikus itu dikatakan antara yang paling mudah dan cepat dibolosi kerana tidak berpagar dan hanya mengambil masa kira-kira satu jam mendaki bukit dengan jarak kira-kira dua kilometer dari kaki bukit di Kampung Syed Omar, Bintong, di sini, ke Kampung Puju, Thailand.

Ditanya sama ada akan dicadangkan untuk mendirikan pagar di sempadan laluan Syed Omar, Shahidan yang juga pengerusi Majlis Keselamatan Negara berkata perkara itu memerlukan kajian mendalam kerana ia melibatkan dua buah negara dan ekosistem hutan simpan.

“Kalau mereka fikir sesuai, buatlah, tapi pada pandangan saya jalan masuk ke hutan mesti dikawal bukan buat pagar, sebab akan timbul masalah lain,” katanya.

Mengenai keperluan mewujudkan pos kawalan tetap, beliau berkata perkara berkenaan juga tidak begitu sesuai berikutan keluasan hutan berkenaan.


Apa yang penting, katanya adalah kerjasama daripada badan sukarelawan beruniform dan penduduk kampung dengan kerajaan.

Shahidan berkata beliau lebih cenderung kepada usaha meningkat khidmat sukarelawan beruniform seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Polis Bantuan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan sukarelawan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi membanteras kegiatan itu.

“Kita nak supaya mereka sertai dan mereka ini boleh dapat elaun juga, kalau rakyat berkerjasama dengan kerajaan negara akan lebih selamat, keselamatan ini tidak boleh diserahkan sahaja kepada pasukan keselamatan,” katanya.

Shahidan berkata beliau juga telah mengenal pasti beberapa penambahbaikan kawalan keselamatan sempadan negeri berkenaan dan akan berbincang dengan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung perkara itu.

Katanya penambahbaikan itu antara lain termasuk meningkatkan anggota pasukan sukarelawan beruniform di Wang Kelian dan juga di laluan Syed Omar.

Sementara itu, anggota Parlimen Kangar Ir Shaharuddin Ismail ketika ditemui Bernama di laluan Syed Omar semalam berkata beliau akan membawa usul penambahbaikan kawalan keselamatan terutamanya di laluan berkenaan pada persidangan Dewan Rakyat.

Beliau berkata rondaan berkala daripada pasukan keselamatan diharap akan dipertingkatkan di kawasan berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori