• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Restoran Baharu D’Saji KL Titiwangsa Sudah Terima 70 Tempahan

oleh Ahmad Albab
27/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Restoran baharu Felda D’Saji Sdn Bhd (D’Saji) milik sepenuh Felda dan Koperasi Permodalan Felda Bhd, di Taman Tasik Titiwangsa di sini, telah menerima 70 tempahan termasuk 15 untuk majlis perkahwinan.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata syarikat itu yang mengubah suai dan membina bangunan baharu di atas tapak Restoran Terapung Titiwangsa yang ditinggalkan sejak empat tahun lepas dengan kos RM8 juta itu, mampu memuatkan 1,700 orang dalam satu masa.

Restoran itu yang dinamakan D’Saji KL Titiwangsa dan mempunyai sebuah dewan bankuet, sebuah bilik seminar serta teres terbuka akan turut mengadakan persembahan kebudayaan pada sebelah malam, katanya pada majlis perasmian restoran tersebut serta pelancaran Buffet Ramadan Felda D’Saji, di sini malam ini.

Beliau berkata syarikat itu juga akan membuka dua lagi cawangan restoran D’Saji di Putrajaya dan Kajang.

Sementara di peringkat antarabangsa, restoran D’Saji di Grand Plaza Serviced Apartment Bayswater London akan dibuka hujung September ini, katanya.

Beliau berkata syarikat itu juga sedang mengenal pasti lokasi untuk pembukaan cawangannya di Madinah, Arab Saudi.

Pada masa ini, D’Saji mempunyai dua restoran di Arab Saudi iaitu di Makkah dan Jeddah.

Mengenai buffet Ramadan itu, Mohd Isa berkata Felda akan mengadakannya di empat lokasi iaitu di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak; D’Saji KL Titiwangsa; Restoran Felda Villa di Jalan Maktab dan Asrama Penchala di Kampung Sungai Penchala.

Beliau berkata menu kali ini berkonsepkan Nusantara termasuk masakan Padang dan Nasi Ambeng. – BERNAMA

 

Tags: Feldarestoran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ada ‘Tangan Ghaib’ Halang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor – Onn Hafiz

Ada ‘Tangan Ghaib’ Halang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor – Onn Hafiz

24/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendedahkan terdapat 'tangan ghaib' menghalang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor...

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd