• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Ahmad Tidak Bertanding Jawatan Ketua Pemuda PAS

oleh Ahmad Albab
19/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss menolak daripada bertanding jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dalam pemilihan parti itu Jun ini.

Beliau bagaimanapun mengesahkan menerima pencalonan untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia untuk sesi tahun 2015-2017.

“Saya telah menyerahkan jawapan rasmi saya bagi pemilihan pada kali ini dengan menolak pencalonan bagi jawatan Ketua (DPPM). Ia bagi memberi laluan kepada calon lain yang lebih layak.

“Atas dasar “fastabiqul khairat” yakni berlumba-lumba melakukan kebajikan, saya dengan ini menerima untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua DPPM seterusnya menyerahkan kepada perwakilan untuk memberikan mandat mereka,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Raja Ahmad berkata, beliau menghormati setiap percalonan jawatan-jawatan tersebut dan mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan.

Beberapa portal berita sebelum ini melaporkan kumpulan pro ulama dalam PAS akan menyokong Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohd. Abduh Nik Aziz sebagai calon ketua Pemuda PAS Pusat.

Seramai lima dicalonkan untuk bertanding jawatan itu termasuk penyandang Ketua DPPM, Suhaizan Kayat yang didakwa segelintir ahli PAS sebagai pro- Pakatan Rakyat. – Mynewshub.cc

https://youtu.be/29kxTW798dc

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd