• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Pengumpulan Pertanian RM1.2 Juta Dibina Di Bera

oleh Ahmad Albab
10/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meluluskan peruntukan sebanyak RM1.2 juta bagi membina sebuah pusat pengumpulan dan pembungkusan hasil pertanian di Bandar 32, di sini, tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tender bagi pembinaan pusat itu akan dikeluarkan tidak lama lagi dan ia dijangka siap menjelang akhir tahun ini.

“Pembinaan pusat pengumpulan berkenaan membolehkan usahawan, peniaga dan penjaja di daerah ini mengumpul dan membungkus hasil tani dengan jenama ‘Bera Best’ yang kemudian akan dijual di pasar raya dan bazar agro di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Bera kali keempat di Dataran Kerayong, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata kementerian menyasarkan untuk melahirkan 50 usahawan tani baharu di daerah Bera sebelum akhir tahun ini dengan pengeluaran sebanyak 500 pelbagai produk berasaskan pertanian.

Setakat ini terdapat 22 usahawan tani di daerah ini yang mengeluarkan kira-kira 222 jenis produk pertanian dan ada antaranya sudah pun menembusi pasaran di Singapura.

Ismail Sabri berkata kementeriannya sentiasa menggalakkan penduduk di kawasan luar bandar menyertai bidang berasaskan pertanian sebagai satu usaha untuk menambahkan sumber pendapatan keluarga.

Katanya ia berikutan, produk tempatan terutama daripada luar bandar semakin mendapat permintaan yang tinggi kerana kualitinya yang tinggi, diproses secara baik, dan dijamin bersih. – BERNAMA

Tags: Ismail Sabri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd