• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Purata Pendapatan Isi Rumah B40 Akan Digandakan Lebih RM5,000 Menjelang 2020

oleh Ahmad Albab
21/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Purata pendapatan isi rumah kumpulan berpendapatan rendah B40 akan digandakan kepada RM5,270 menjelang 2020 dan seterusnya menganjakkan sebahagian mereka kepada kumpulan pertengahan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Isi rumah B40 merujuk kepada isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah daripada taburan pendapatan dengan purata pendapatan RM2,537 pada 2014.

Pelan lima tahun bermula 2016 itu turut menyasarkan isi rumah berpendidikan tinggi meningkat daripada sembilan peratus (2014) kepada 20 peratus (2020).

Pelan bertemakan ‘Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat’ itu di bentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini.

Fokus meningkatkan taraf isi rumah B40 ke arah masyarakat kelas menengah dilaksanakan menerusi tiga langkah antaranya meningkatkan pendapatan dan kekayaan golongan itu serta meningkatkan pencapaian pendidikan pasca menengah.

Memandangkan sebahagian kumpulan B40 di bandar merupakan golongan pekerja, majikan akan diberi dorongan bagi menggalakkan pekerja meneruskan pendidikan ke tahap lebih tinggi dan meningkatkan taraf kemahiran selain menyediakan insentif pinjaman mudah.

Turut ditumpukan ialah mengurangkan kadar keciciran, memastikan akses pendidikan tinggi dan latihan kemahiran, meningkatkan sokongan keusahawanan secara bersepadu dan menggalakkan pelaburan di kawasan majoriti isi rumah B40.

Dalam menangani kos sara hidup yang meningkat, usaha akan dibuat untuk mengukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan peraturan berkaitan kawalan harga untuk mengekang kenaikan harga tidak munasabah.

Dalam RMK11, program 1Harga 1Malaysia juga diteruskan bertujuan menyeragamkan harga barangan bersubsidi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak manakala Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Kedai Coop1Malaysia diperluas ke seluruh negara.

Perkembangan itu dilihat dapat mempertingkatkan akses secara lebih menyeluruh kepada barangan harga patut, seterusnya mengurangkan beban kos sara hidup yang semakin meningkat.

Penyediaan rumah mampu milik juga terus dipertingkatkan kepada isi rumah B40, pinjaman pada kadar faedah istimewa dengan tempoh moratorium untuk menjual hartanah selama 10 tahun juga ditawarkan selain bantuan sewa rumah kepada isi rumah yang layak.

Di samping itu, pengukuhan sistem penyampaian program B40 dengan menyelaras sokongan kepada isi rumah yang terbabit dan antara pendekatan akan diambil ialah memperkasakan Jawatankuasa Kumpulan Fokus di peringkat daerah untuk memastikan pembangunan program konsisten serta memenuhi keperluan.

Selain itu Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI) akan diperkenalkan bagi mengukur akses kepada kemudahan dan perkhidmatan asas yang membantu mobiliti sosial bagi membolehkan analisis berasaskan intensiti mengenal pasti keperluan golongan tersebut dengan lebih jelas.

Pelan itu menekankan adalah penting untuk meningkatkan taraf isi rumah B40 kerana dalam keadaan negara terus membangun golongan itu tidak wajar dipinggirkan.

Sekiranya golongan itu terus berada dalam kedudukan sosioekonomi semasa, akan mengakibatkan kos sosial kepada negara melalui pengurangan bilangan tenaga berkemahiran yang diperlukan selain memberi kesan kepada pertumbuhan output negara. – BERNAMA

 

 

Tags: GajiRMK11
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Kerja Tanpa Gaji, Gaji Menteri Kekal Potong 20 Peratus – Kor Ming

PM Kerja Tanpa Gaji, Gaji Menteri Kekal Potong 20 Peratus – Kor Ming

16/08/2024
0

SHAH ALAM - Ketika penjawat awam menikmati kenaikan gaji menjelang Disember ini, Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim masih berkhidmat...

Gaji Penjawat Awam Naik Lebih 13 Peratus Mulai Disember Ini – PM

Gaji Penjawat Awam Naik Lebih 13 Peratus Mulai Disember Ini – PM

01/05/2024
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan skim gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus bermula 1 Disember...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd