• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program 3K Dilancarkan Semula

oleh Ahmad Albab
22/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Anugerah Program 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Kesihatan) untuk mendidik pelajar dengan amalan gaya hidup sihat dilancarkan semula selepas dihentikan pada 2009.

Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan berkata ia merupakan satu gerakan kesedaran untuk mendidik gaya hidup yang sihat, aktif dan cergas dengan menggunakan nutrien susu sebagai asasnya.

Katanya pasukan daripada kementerian dan Dutch Lady Milk Industries Bhd akan bergerak ke sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara mulai bulan hadapan (Jun) untuk berkongsi pengalaman dan pendedahan agar dapat membuat penilaian sewajarnya.

“Penilaian merangkumi aspek pentadbiran dan pengurusan, kebersihan, kesihatan, keselamatan dan projek khas iaitu cabaran, cergas dan ceria.

“Selepas penilaian, penganugerahan berupa wang, sijil kecemerlangan dan piala pusingan akan diberi kepada 32 sekolah rendah dan menengah yang bertanding pada November ini,” katanya ketika melancarkan semula program itu di sini hari ini.

Katanya Universiti Putra Malaysia akan menjalankan kajian untuk melihat impak dan keberkesanan program itu.

Kamalanathan berkata Anugerah 3K yang dimulakan pada 1991 di peringkat sekolah rendah dan menengah, terpaksa dihentikan sejak 2009 kerana memberi keutamaan kepada fenomena yang melanda negara seperi jerebu, H1N1 dan banjir.

Sementara itu, Pengarah Urusan Dutch Lady, Saw Chooi Lee berkata separuh daripada 3,000 kanak-kanak Malaysia yang berusia 12 tahun ke bawah didapati mengalami kekurangan nutrien iaitu Vitamin D dan kalsium.

Perkara tersebut diumumkan dalam satu kajian selidik nutrisi, South East Asian Nutrition Surveys (SEANUTS), yang dilakukan oleh ibu syarikat Dutch Lady yang berpangkalan di Belanda, meliputi lebih 16,000 kanak-kanak dari Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam baru-baru ini.

“Hasil kajian SEANUTS juga menunjukkan isu berat badan yang berlebihan dan obesiti dalam kalangan kanak-kanak kini meningkat pada tahap yang amat membimbangkan terutamanya di kawasan bandar di Malaysia,” katanya.

Justeru, Saw berharap melalui Program 3K, Dutch Lady dapat menyebarkan maklumat mengenai amalan gaya hidup sihat, antaranya pengambilan susu sebanyak dua gelas setiap hari serta menjalankan aktiviti luar selama satu jam untuk memperoleh kalsium dan vitamin D secara semula jadi. – BERNAMA

 

Tags: Kementerian PendidikanP.Kamalanathan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pakar pendidikan, Anuar Ahmad mengingatkan kepimpinan pendidikan di pelbagai peringkat supaya berhati-hati terhadap kelompok yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd