Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

#KidsNews: Bintang Pop Ulul...

UMAR Shakur Mohd. Haiccal berjaya mempersonakan lebih 600 tetamu terdiri pelbagai lapisan pemain...

Venue SUKMA Perak Siap...

PARIT BUNTAR - Semua venue untuk Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 di Perak...

“Tak Akan Nak Jual...

KUALA LUMPUR - “Tak akan nak jual sampai ke seluar dalam kalau pun...

Pelakon Benjy Bebas Tuduhan...

MUAR - Pelakon, Benjy dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Majistret Muar sebentar tadi...

PPIM Seru Polisi Asas Persatuan Insurans Diselaraskan

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru agar kerajaan dan pihak bank mengeluarkan satu panduan atau polisi yang selaras kepada persatuan insurans bagi memudahkan urusan pengguna.

Hal ini dibangkitkan berikutan aduan diterima PPIM daripada pengguna yang mengalami kelecehan semasa membuat tuntutan  kepada mana-mana persatuan insurans.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, langkah ini dapat memudahkan urusan tuntutan pengguna serta mengelakkan mereka daripada ditipu.

“Kita mahu pihak bank dan persatuan insurans keluarkan satu panduan dan polisi asas yang selaras untuk kepentingan pengguna.

“Kita juga mahukan pihak bank negara dan persatuan insurans membuat penerangan atau penjelasan kepada pengguna dengan garis panduan yang jelas supaya mereka tidak teraniaya,” kata Nadzim.

PPIM dikatakan menerima lebih kurang 200 aduan daripada pengguna insurans yang menjadi mangsa kepada kekeliruan ini.


Di samping itu, PPIM turut menyarankan agar bank negara mewujudkan satu sistem penerimaan aduan yang lebih berkesan dan tegas supaya persatuan insurans tidak boleh mengambil mudah urusan melibatkan kepentingan pengguna.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=632CHpeHYZE

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori