• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpas ‘Geng Ah Vui’, Selesai Kes Pecah Rumah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis menyelesaikan tiga kes pecah rumah dan lima kes curi kenderaan, setelah memberkas 11 anggota kumpulan ‘Geng Ah Vui’ termasuk warga Filipina, yang dipercayai aktif serta pakar mencuri kenderaan dan pecah rumah di sekitar bandar raya ini dan daerah Penampang.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata kesemua suspek termasuk seorang wanita, ditahan dalam beberapa serbuan di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang dalam operasi khas, bermula 3 hingga 5 Mei lepas.

“Selain menahan 11 suspek, polis merampas lima kenderaan jenis Honda, dua buah motosikal, lapan komputer riba, kamera jenis Nikon, tujuh rangkai kunci kereta serta peralatan pecah rumah yang kesemuanya bernilai RM300,000,” katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata lima daripada suspek yang berumur antara 21 dan 42 tahun itu didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Jalaluddin berkata enam daripada suspek berkenaan juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan pecah rumah, curi kenderaan dan dadah.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 379A dan Seksyen 477 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Jalaluddin berkata indeks jenayah di Kota Kinabalu bagi Januari hingga 5 Mei tahun ini, menunjukkan penurunan sebanyak 125 kes atau 24 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Katanya indeks jenayah pecah rumah dan curi kenderaan turut merekodkan penurunan, masing-masing sebanyak 23 dan 31 peratus dalam tempoh berkenaan berbanding tempoh yang sama tahun lalu. – BERNAMA

Tags: penjenayahpolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd