• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siap Sedia Sepenuhnya Untuk Hari Pengundian Esok

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Polis bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh esok, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata polis mempunyai pegawai dan anggota yang mencukupi untuk menjalankan tugas bagi memastikan proses pengundian lancar dan aman.

“Tujuan saya berada di sini (Permatang Pauh) hari ini adalah untuk meninjau persiapan terakhir menjelang hari mengundi esok. Sejak hari penamaan calon pada 25 April lepas hingga hari ini, saya berpuas hati dengan perjalanan kempen PRK Permatang Pauh.

“Selain itu, polis juga bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk mengelak kekecohan bagi memastikan keadaan terkawal esok. Anggota kami ditempatkan di semua lokasi yang sepatutnya untuk melancarkan trafik dan proses pengundian,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) di sini, hari ini.

Menurutnya polis juga menerima 91 laporan berkaitan salah laku pilihan raya dan telah membuka lapan kertas siasatan bagi PRK Parlimen Permatang Pauh sejak hari penamaan calon hingga hari ini.

“Lapan kertas siasatan yang dibuka itu berkaitan perbuatan khianat iaitu merosakkan kain rentang dan papan iklan calon, ahli sebuah parti politik dicederakan, mencuri pembesar suara dan mengadakan ceramah tanpa permit. Setakat ini tiada ceramah yang diadakan berbaur hasutan yang melampau.

“Boleh dikatakan sepanjang tempoh berkempen ini, keadaan aman dan terkawal. Saya harap hari mengundi esok tidak ada perkara yang boleh mengganggu gugat ketenteraman orang ramai untuk keluar mengundi,” kata Khalid.

PRK Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN Suhaimi Sabudin, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat setelah disabitkan kesalahan liwat dan sedang menjalani hukuman penjara lima tahun. – BERNAMA

Tags: polisPRK Permatang Pauh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd