• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Seremban Tahan 3 Suspek Lelaki Kes Samun

oleh Ahmad Albab
29/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Polis Seremban menahan tiga suspek lelaki yang terlibat secara aktif dengan kes samun dan pecah rumah di sekitar daerah ini sejak tahun 2012.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun berkata ketiga-tiga suspek yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 24 tahun itu diberkas hasil maklumat orang awam.

“Pada hari Isnin lepas, seorang pengadu telah membuat laporan mengatakan rumahnya di Taman Baiduri telah dipecah masuk awal pagi hari yang sama dan pengadu dapat mengecam salah seorang suspek yang terlibat kerana rumahnya pernah dipecah masuk oleh suspek yang sama pada tahun 2012, tetapi laporan polis tidak dibuat.

Berdasarkan sedikit maklumat yang dibekalkan, pada jam 1 tengah hari, hari yang sama, pasukan siasatan khas kami berjaya mengesan suspek dan mengekorinya sehingga ke rumah sebelum bertindak menahannya,” kata Muhamad Zaki dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di sini hari ini.

Beliau berkata suspek pertama yang juga dipercayai ketua kumpulan itu tinggal dalam satu taman dengan pengadu dan mempunyai tiga rekod kesalahan lampau berkait dengan dadah.

Susulan penahanan suspek pertama, pihak polis berjaya menahan dua lagi suspek.

Kesemua suspek mengaku terlibat dengan kes pecah rumah dan samun membabitkan 16 buah rumah termasuk lima kes di daerah ini.

“Dengan tangkapan mereka, pihak polis telah membuat serbuan ke rumah suspek dan berjaya merampas barang-barang yang disamun seperti barang kemas, laptop, jam tangan, telefon bimbit dan surat pajak gadai.

“Polis juga merampas alatan yang digunakan mereka semasa melakukan kegiatan samun dan pecah rumah seperti pedang samurai, pemotong dawai, dan pemutar skru,” katanya.

Muhamad Zaki berkata ada diantara barang-barang mangsa telah dijual ke kedai pajak gadai dan pihak polis kini giat memburu saki-baki ahli kumpulan ini.

“Saya juga memohon kepada orang awam, sama ada yang membuat laporan polis atau tidak, yang rumah mereka pernah dipecah masuk agar datang ke IPD Seremban untuk membuat pengecaman barang milik mereka.

“Saya juga ingin menasihati pemilik-pemilik kedai emas dan pajak gadai agar lebih berhati-hati menerima barang kemas untuk digadai kerana mereka juga boleh didakwa atas kesalahan bersubahat,” katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, kata beliau. – BERNAMA

 

 

Tags: kes samunpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd