• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Perak Tahan Seorang Lelaki, Rampas 7.5kg Heroin

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis menahan seorang lelaki dan merampas 7.47 kilogram dadah jenis heroin bernilai RM374,000 di Desa Rishah Indah di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Osman Salleh berkata suspek berusia 43 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh yang melakukan serbuan di kawasan perumahan berkenaan pada kira-kira 4.40 petang.

“Polis menemui 35 paket plastik lutsinar disyaki (mengandungi) dadah jenis heroin serta peralatan membungkus dadah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak hari ini.

Beliau berkata rumah teres dua tingkat yang disewa itu dijadikan sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti membungkus dan mengedar dadah sejak sembilan bulan lepas.

“Siasatan awal mendapati sindiket itu beroperasi di beberapa kawasan sekitar bandar raya ini terutama di sekitar Buntong untuk menjalankan aktiviti pengedaran dadah,” katanya.

Osman berkata hasil siasatan juga mendapati suspek dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap ‘Geng Devan’.

“Kami telah menahan 15 suspek anggota kumpulan terbabit sebelum ini manakala tiga masih diburu polis,” katanya.

Beliau berkata polis turut merampas pistol jenis Revolver .38 beserta 17 butir peluru hidup dan tiga kelonsong yang ditemui di dalam rumah berkenaan.

“Selain itu, kami merampas dua kereta jenis Proton Waja yang dilapor hilang pada tahun lepas dan awal tahun ini. Dua telefon bimbit serta lima topeng muka juga dirampas,” katanya.

Osman berkata polis turut menyita kenderaan pikap jenis Toyota Hilux serta motosikal jenis Yamaha LC 135 milik suspek.

Suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan kes samun serta mencederakan orang, katanya.

Beliau berkata suspek ditahan reman selama lapan hari sehingga Khamis depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Osman berkata kes senjata api pula disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 manakala kes kecurian kenderaan bermotor mengikut Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=wqsFGQ9CH0Y

Tags: polis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd